Download

PEMBUKA PENA

Cari

IKLAN

KALAM MUJADDID




JOM IKUT DARI FACEBOOK!!!!!!!!

Jom jadi member!!!

Friday, July 30, 2010

Penawar Bagi Hati


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Apakah hati boleh diperbaiki, di rawat dan disembuhkan? Inilah persoalan yang dilontarkan dalam kuliah Ustaz baru-baru ini. Langit juga tidak selalu cerah, matahari kadang kala tiada bercahaya dan gerhana, bulan ada ketikanya tidak mengambang penuh, alam juga sekali sekala dipandang kabur sahaja. Begitulah hati manusia. Ada kalanya ianya resah dan gelisah. Gundah dan gulana. Nabi kita sendiri pernah mengalami kesedihan yang amat sangat bila mana kematian orang yang sangat di kasihinya, iaitu orang yang menjaganya di dalam dan diluar rumah.

Isteri tercinta Khadijah r.a.ha. dan bapa saudaranya Abu Talib yang sentiasa melindunginya berdakwah di luar rumah. Waktu pengikut tidak ramai dan mendapat tentangan, nabi di boikot, mereka inilah yang banyak membantu nabi. Bayangkan nabi menanggung kesedihan yang teramat dalam tahun tersebut.

Apatah lagi kita sebagai makhluk yang diciptakan Allah yang pastinya ada perasaan sedih. Binatang sekalipun tidak lalu makan bila bergaduh dengan pasangannya seperti memerang. Tak ada mood nak makan. Jadi persoalan yang dilontarkan tadi, apakah hati manusia boleh dirawat?. Kalau boleh bagaimana caranya.

Tidak diragukan hanya islam sahaja yang membawa kaedah untuk merawat hati manusia. Hanya dengan agama yang dimuliakan Allah ini sahaja. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang dan tenteram. Masalah jiwa, hati yang keluh kesah, kembali kepada Allah. Tiada satu perubatan yang boleh selesai masalah jiwa manusia. Di hatilah tersimpannya perkara-perkara asas yang penting seperti jantung, roh, nafsu dan akal.

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Pengajaran yang dapat di petik dari peristiwa israk dan mikraj di mana Allah memperjalankan nabi s.a.w. untuk mempersaksikan kepada nabi kebenaran al-Quran tentang janji Allah syurga dan neraka dan hari pembalasan nanti. Ianya merupakan satu hiburan pada Nabi yang sedang mengalami saat kesedihan. Apalagi yang lebih istimewa selain bertemu dengan Allah. Bila mengingati Allah pun hati sudah merasa tenteram.
Zikir adalah menyebabkan Allah s.w.t. ingat kepada seseorang yang ingat kepadanya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran: FAZKURUUNII AZKURKUM ertinya "Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepadamu." Dan diterangkan pula di dalam hadis: MAN ZAKARANII FII NAFSIHII ZAKARTUHUU FII NAFSII ertinya, "Barangsiapa mengingati Aku di dalam hatinya, nescaya Aku mengingatinya pula di dalam hatiKu."

Dalam sebuah hadith qudsi:
“Aku (Allah) bersamanya (hamba-Ku) apabila dia berzikir kepada-Ku. Maka jika ia mengingati aku di dalam hatinya, nescaya Aku ingat pula kepadanya dalam diri-Ku.”
(Bukhari)

Orang yang beriman tenteram hati mereka bila berzikir/mengingati pada Allah. Memang benar, bila kita mengingati Allah, Allah akan mengingati kita. Bila kita lupa pada Allah maka Allah akan tinggalkan kita. Seorang ulama berkata kepada muridnya bahawa dia tahu bila Allah ingat padanya dan bila masa Allah tidak ingat padanya. Muridnya kepelikkan, hebatnya tuan gurunya. Lalu dia bertanya, bagaimana. Gurunya mengatakan senang sahaja.., katanya bukankah ayat Allah ada menyebut bahawa bila seseorang itu ingat Allah, Allah akan mengingati dia.

Tidak disangkal lagi, pastinya tiada masalah bila kita ada masalah kita kembali kepada Allah. Biarpun sahabat, kawan, keluarga, boss, tidak mahu mendengar masalah kita. Adukan masalah kita kepada Allah yang sentiasa sedia mendengar. Allah paling hebat memperdengarkan masalah hamba-hambanya. Apa yang lebih penting lagi selain Allah yang cukup tahu masalah kita. Maka kita tidak patut resah, kerana Allah sahaja yang boleh memberi penyelesaian tentang masalah kita.

Statistik yang disebut oleh Menteri Kesihatan di dada akhbar mengatakan masalah orang yang sakit jiwa di Malaysia membimbangkan, tidak lain hari ini berpunca kegagalan mendidik , membentuk dan membangun fizikal manusia sahaja. Ramai hari ini mencari ilmu untuk mengejar sijil, pangkat. Sedangkan solat, akhlak tidak dijadikan asas utama didikan. Tekanan yang diberi oleh ibubapa yang ingin anak skor A, pastinya membuat anak-anak sakit jiwa bila tidak dapat memperolehinya. Terlalu sangat mengejar pandangan manusia dari segi kedudukan, pangkat, sedangkan zohor, asar tidak solat sangat medukacitakan. Bila memandang apa kata orang, dan apa pandangan orang selamanya jiwa tidak akan tenang.

Bila kita lupa Allah, itu yang menyebabkan Allah meninggalkan kita dari rahmatnya. Orang beriman akan mencari Allah sebagai penyelesai masalah. Al-quran sendiri dijamin oleh Allah sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Sesungguhnya sebaik-baik zikir ialah al-Quran.

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Surah israa' :82

Bila terlalu banyak dosa yang dibuat Allah tebus dengan dukacita. Pengubatnya taubat. Jika dosa dengan Allah bertaubatlah segera. Bila berdosa dengan manusia, maka minta maaf dan jumpa mereka. Jika tidak hati tidak akan tenang dan tenteram hingga ke saat kematian. Terus menerus akan dalam kedukacitaan. Walau diluar nampak segak dan gelak, azab duka cita di hati pastinya membakar jiwa. Itulah dosa yang dibuat pada anak adam yang memakan dalaman. Azabnya didunia sudah dirasakan.

Sayugialah kita semua kembali kepada Allah dengan sebenar-benar ketaqwaan. Allahu a’lam.

Protokol ke 10 Yahudi

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....
1.. Song.... Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah..tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa-depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita terfikir.... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua.
Sex di mana-mana..di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. ....


3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar 'up to date'.. Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari kabaret....

4. ....Sport...
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan…hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga... Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. . yang menonton pun tak sembahyang juga ...... Kalau menonton dirumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi gol lagi......sampai ada ulamak kata...kerana sukan ..sembahyang boleh tangguh...Mashaalla h,..

5. .. Fun.. Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. .. Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga...yang menayangkan buah mangga artis perempuan... . Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert.... pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female... Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. . terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kenamengena dengan perempuan...
Kalau kita ke kedai bateri kereta.... dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya... Yahudi bersorak lagi.....


7...Fashion. ... Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. . sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. .. Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan.. . sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...


8. .. Food...
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah Mc D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina.... masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. . Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky ..rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap…Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....

Golongan Muda Zaman Nabi Musa


Pada zaman Nabi Musa, golongan muda banyak memainkan peranan membela kebenaran. Dalam surah Yunus ayat 83, Tuhan berfirman, “Tidak beriman kepada Musa melainkan golongan muda dari kaumnya dalam keadaan takut bahawa Firaun dan pemuka-pemuka kaumnya akan menyeksa mereka.”

Berhubung dengan ayat ini, Hamka di dalam Tafsir al-Azhar berkata, “Ayat ini menjelaskan sebab musabab ramai golongan muda dan bukan golongan tua beriman kepada Nabi Musa… Golongan tua sudah berkeluarga dan menanggung banyak tanggungjawab dan kehidupan mereka banyak bergantung pada belas kasihan Firaun, justeru mereka tidak mahu beriman kepada Nabi Musa. Sebaliknya anak cucu mereka dari golongan muda bersedia untuk menerima ajaran baginda.”

Said Hawa di dalam al-Asas fit Tafsir pula berkata, “Kebiasaannya golongan yang mudah menerima seruan untuk melakukan islah atau perbaikan di dalam masyarakat ialah golongan muda. Hal ini disebabkan fitrah mereka masih sejahtera dan jiwa mereka lebih bersedia untuk menerima kebenaran.” …

Golongan Muda pada Zaman Nabi

….
Sahabat-sahabat Nabi yang muda remaja memang ramai. Contohnya sahabat Abdullah bin Abbas. Dilahirkan tiga tahun sebelum hijrah. Semasa nabi wafat, beliau baru berumur tiga belas tahun. Beliau amat mahir dalam bidang tafsir Quran sehingga diberikan gelaran Turjuman al-Quran atau penterjemah Quran.

Sahabat Ali bin Abi Talib adalah remaja yang berilmu tinggi lagi berani. Semasa nabi berhijrah, beliau tidur di tempat tidur nabi dengan tujuan memperdayakan golongan kafir Quraisy. Pada masa itu, beliau berumur lebih kurang Sembilan belas tahun. Pada bulan Safar tahun ke-2 hijrah, semasa berumur dua puluh satu tahun, beliau berkahwin dengan anak nabi iaitu Fatimah az-Zahra.

Sahabat Abdullah bin Omar adalah seorang sahabat yang amat menghalusi sunah nabi. Beliau berhijrah ke Madinah semasa berumur sepuluh tahun.

Semua ini menunjukkan golongan muda memainkan peranan penting ke arah mendaulatkan Islam pada zaman nabi. Perkara ini sewajarnya kita contohi pada hari ini.

Sekian daripada Dr. Danial Zainal Abidin.

Respon saya mudah. Posting ini bukan tentang konflik Kaum Muda-Kaum Tua. Respon saya yang merupakan seorang ‘remaja tua’ yang semakin lanjut usia dan semakin liat kepada adik-adik saya yang muda remaja, yang mempunyai potensi lebih besar daripada saya. Cuba kita sama-sama memikirkan pujian Allah di dalam Surah al-Kahfi kepada segolongan pemuda remaja yang keluar daripada ‘melting pot’ godless society melarikan diri ke dalam gua untuk menjaga iman mereka.

“Kami ceritakan kisah mereka kepadamu dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk.” (Al-Kahfi: 13).

Saya berikan contoh yang mudah kepada remaja-remaja tentang bagaimana mendapat petunjuk. Petunjuk daripada Allah yang mampu memberikan kuasa untuk melihat sesuatu seperti mana sesuatu itu sebagaimana suruhan Allah membaca Surah al-Kahfi setiap hari Jumaat:

Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan daripada Nabi Muhammad s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat akan menerima cahaya daripada Jumaat ke Jumaat yang berikutnya.” (Nasa’i, Baihaqi, Hakim).

Dengan cahaya ini juga anda dapat melihat siapakah pengikut Sunnah yang sebenar. Saya berikan contoh yang mudah seperti di bawah.

Saya sering mengatakan golongan muda remaja adalah golongan yang masih bebas merdeka. Bebas daripada belenggu-belenggu status quo dalam diri yang boleh menghalang anda daripada melihat realiti. Dan kebanyakan anda juga bebas daripada riba. Anda mengatakan apa signifikasinya? Saya berikan contoh yang mudah seperti di bawah. Contoh ini boleh saja termasuk diri saya.

Seorang pemuda/pemudi ini merupakan seorang yang komited dalam da’wah. Beliau aktif dalam usrah dan haraki. Dan setelah mendapat ijazah di universiti tempatan, beliau masih mengekalkan semangat keHARAKIannya dengan menyertai pertubuhan Islam yang mengembangkan da’wah dan islah dalam masyarakat. Tiada masalah dalam hal ini. Ini suatu perkara yang baik. Setelah beberapa tahun, beliau telah mempunyai kerjaya dan kewangan yang kukuh. Maka melalui baitul Muslim jamaahnya, beliau telah bertemu pasangan hidup yang ideal yang dapat berkongsi perasaan kasih sayang, suka dan duka dan berkongsi fikrah yang sama. Maka segala persiapan perlu disediakan, rumah dan kereta. Beliau mahukan rumah dan kereta baru yang selesa untuk membina bi’ah solehah. Maka beliau membuat pinjaman di Bank, ya pinjaman berasaskan riba atau backdoor riba.

Anda pula seorang pemuda remaja 17 tahun sekolah kebangsaan yang terpaksa hidup dalam godless society. Anda baru sahaja selesai mengkaji tentang haramnya riba. Anda juga ada semangat untuk melakukan da’wah tapi masih belum kenal lagi apa itu usrah dan haraki. Anda menyampaikan risalah da’wah anda kepada pemuda/pemudi haraki tersebut. Da’wah anda diterima dengan senyuman dan dibalas dengan lembut: “Adik, adik masih muda lagi. Perjalanan hidup adik masih jauh. Untuk hidup di zaman yang mencabar ini, kita harus berpijak di alam nyata, berpijak kepada realiti. Teruskan menuntut ilmu dan adab dalam berda’wah.” Anda terkesima. Sekarang anda akan faham apa yang diperkatakan oleh Hamka di dalam Tafsir al-Azhar dan Said Hawa di dalam al-Asas fit Tafsir seperti yang disebut sebelum ini. Dan anda akan faham signifikan posting saya Pengikut Imam Mahdi Adalah Pemuda Remaja. Saya sudah berikan kepada anda contoh yang mudah yang dapat saya dan anda faham.

Persoalannya, adakah saya ‘remaja tua’ (adakah saya sudah terlepas gerabak keretapi?) dan anda pemuda remaja yang mempunyai potensi yang besar sanggup menyahut cabaran Allah dalam Surah al-Kahfi? Lihat pemuda remaja, anda mempunyai kuasa yang besar! Tetapi ada suatu kuasa godless di luar sana yang ingin merampas kuasa anda! Tidakkah anda tertanya-tertanya mengapa keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi hingga menjadi bualan golongan ‘remaja tua’ seperti saya dan menggariskan seribu satu jalan penyelesaian untuk membendung masalah ini dan memasukkannya dalam soalan esei PMR: “Apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah keruntuhan akhlak remaja? Sila jawab dengan tidak melebihi 200 patah perkataan.” tetapi masalah ini tetap berlaku? Adakah ini hanya satu kebetulan?

Sila tonton video Shaykh Imran Nazar Hosein: Moral and Character of Muslim Youths

Sila rujuk juga e-Book oleh Shaykh Imran Nazar Hosein: Surah Al Kahf - Arabic text - Translation and Modern Commentary dan Surah Al-Kahf and the Modern Age

Mesej ringkas ini dibawa oleh Malakian kepada anda golongan pemuda/pemudi remaja.

Saturday, July 3, 2010

ILMU OH ILMU





Alhamdulillah,…. Ana rasa bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat yang diberikan yang selama ini kian dilupai oleh hampir seluruh umat manusia terutamanya Umat yang yang paling disyangi Junjungan Besar Rasulullah SAW iaitu NIKMAT MASA dan NIKMAT KESIHATAN ..

Seringkali kita dengar hadis Rasulullah SAW teruta

manya pelajar KUSISS ( SMKA KUALA SELANGOR) yang kita harapkan tidak lupa kepada hadis ini. Ama

t rugilah kita apabila kita duberi nimat oleh Allah SWT, kita tidak menghargainya seolah-olah perbuatan kita telah menunjukkan kita telah mengkufuri nikmat Allah SWT……….

Sebelum ana teruskan lagi pena alam maya ini, hadis yang

kita ingin ketengahkan adalah berkaitan dengan nikmat……Hadis tersebut berbunyi:

Maksudnya:

Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyak

an manusia iaitu NIKMAT KESIHATAN dan NIKMAT MASA LAPANG ”

Oleh sebab itu, menjadi satu kerugian yang besar kepada kita terutamanya pelajar KUSISS yang gagal memanfaatkan MASA KEEMASAN mereka untuk menuntut sebanyak mungkin ilmu sementara ada kesempatan …

NAmun yang ingin ana tegaskan di sini ialah Sedarilah dan cerminlah diri kita sebanyak mana ilmu yang kita ada , jangan anggap diri kita ini sudah cukup ilmu, apatah lagi jangan jadi seperti manusia yang tidak pandai( banyak ilmu) tetapi menjadi orang bodoh

sombong.

Cukuplah kita yang serba kekurangan ini terutamanya ilmu, maka sedarlah dan berubahlah menerima ilmu yang dicurahkan kepada kita walaupun orang yang member itu ialah rakan kita sendiri

Ubahlah pemikiran (fikrah) kita … jadi open-minded person…. Iaitu bukan bermaksud berfikiran liberal tetapi menghormati, menerima, sedia untuk mengamalkan apa-apa yang baik untuk diri kita daripada orang lain tidak kira orang itu lebih muada daripada kita….

Dengan erti kata lain …. Kita menjadi orang yang sedia menerima pendapat dan te

guran terutamnya.. … MUDAH-MUDAHAN segala ilmu yang kita tuntut di sekolah mendapat keberkatan hasil daripada sifat ikhlas kita semasa menuntut

ilmu…

Tips menghilangkan rasa Cinta & Rindu

Hati-Hati Dengan Rasa Rindu

oleh: Syaikh Aidh Al Qarni

Jangan pernah merindukan sesuatu secara berlebihan. Karena, yang demikian itu menyebabkan kegelisahan yang tak pernah padam. Seorang muslim akan bahagia ketika ia dapat menjauhi keluh kesah, kesedihan dan kerinduan. Demikian pula ketika ia dapat mengatasi keterasingan, keterputuasaan dan keterpisahan yang dikeluhkan para penyair. Betapapun yang demikian itu adalah tanda kehampaan hati.

“Tidakkah kamu melihat orang2 yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Rabbnya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?” (QS Al Jatsiyah: 23)

-Akulah yang menarik ujung kematian itu, siapakah yang akan dituntut padahal si korban adalah si terdakwa itu sendiri-

Maksud bait syair ini, kita berhak merasakan sakit dan menderita sebab kita adalah penyebab utama dari semua yang terjadi pada diri kita. Seseorang yang berasal dari Andalusia menyombongkan dirinya karena bisa merasakan suka yang melebihi batas.

-Sebelum aku, orang mengeluh berat berpisah, dan ketakutan muncul pada yang mati dan yang hidup.
Jika rusuk2ku menghimpun, maka aku tidak akan lagi mendengar dan tidak pula melihat-

Bila saja diantara tulang2nya berhimpun ketaqwaan, dzikir, kesadaran rohani dan ilahiyah, maka kebenaran akan bisa dicapai. Disamping itu, bukti akan menjadi semakin jelas dan kebenaran akan terlihat.

“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syetan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang2 yang bertaqwa bila mereka ditimpa was2 dari syetan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan2nya” (QS Al A’raf : 200 – 201)

Ibnul Qayyim telah memberikan terapi yang sangat manjur tentang masalah ini dalam bukunya yang sangat terkenal Ad Da’wad Dawa’ atau Al Jawab asy Syafi’ an Man Sa’ala ‘anid Dawa’ asy Syafi’. Saya sarankan pembaca untuk merujuk kepada kedua buku tersebut. Rasa suka yang berlebihan itu banyak sebabnya. Diantaranya,

1. Hati yang tidak terisi oleh rasa cinta, rasa syukur, dzikir, dan ibadah kepada Allah.
2. Membiarkan mata jalang. Mengumbar mata adalah jalan yang menghantarkan pada kesedihan dan keresahan :

“Katakanlah kepada orang2 laki2 yang beriman :”Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya..” (QS An Nur:30)

Rasulullah juga bersabda: ‘Pandangan (mata) itu adalah satu dari sekian banyak anak panah iblis’

-Jika kau liarkan matamu kepada semua mata, maka semua pemandangan akan membuatmu lelah.
Kaulihat pemandangan, tapi tak seluruhnya mampu kau lihat dan kau tatap-

3. Meremehkan ibadah, dzikir, doa, dan sholat nafilah. “Sesungguhnya sholat itu mencegah dari perbuatan2 keji dan munkar” (QS Al Ankabut : 45)

Ada pun obatnya,
“Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih” (QS Yusuf: 24)

1. Berusaha untuk selalu berada dipintu2 ibadah dan memohon kesembuhan kepada Yang Maha Agung.

2. Merendahkan pandangan dan menjaga kemaluan. “..mereka menahan pandangannya dan memelihara
kemaluannya..”(QS An Nuur : 30), ” Dan orang2 yang menjaga kemaluan mereka” (QS Al Mu’minun : 5)

3. Menjauhkan hati dari hal2 yang bisa mengikatnya dan berusaha melupakannya.

4. Menyibukkan diri dengan amal sholeh dan berguna. ” Sesungguhnya mereka adalah orang2 yang bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami denagn harap dan cemas ” (QS. Al-anbiya : 21)

5. Menikah secara syar’i. ” Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ” (QS. An Nisa : 3)

” Dan, diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya “. (QS. Ar Rum : 21)

Rasulullah bersabda, “Wahai para pemuda, barangsiapa diantara kalian yang sudah mampu untuk menikah, hendaklah menikah.”
Related Posts with Thumbnails
FIKRAH MUJADDID