Download

PEMBUKA PENA

Cari

IKLAN

KALAM MUJADDID




JOM IKUT DARI FACEBOOK!!!!!!!!

Jom jadi member!!!

Friday, October 15, 2010

CALON SUAMI BUAT ALONG







Calon suami ???!Puufffhhhhh.., kuhembuskan nafasku kuat-kuat. Bosan ! lagi-lagi pasal calon suami yang dibincangkan. Bayangkan, sudah dua bulan kebelakangan ini tidak ada topik yang lebih menarik dirumah ini, melainkan soal suami.
Semuanya sama. Papa yang selalu menyindir, sudah teringin

menimang cucu. Mama yang berulang kali menasihatiku agar tidak terlalu memilih pasangan. Malah luqman, adikku yang diharapkan dapat menenangkan suasana, turut sama menggoda. Lagi menggeramkan aku apabila sikembar Nani-Nana yang masih mentah turut sama membebel.



“Alongkan dah jadi engineer, sudah sampai masanya untuk along memikirkan masalah membina keluarga. Lagipun, Nani dan Nana sudah teringin sangat dipanggil makcik. Atikah, jiran kita tu, baru darjah lima tau.. tapi dah ada dua orang anak buah.”

“Iyalah Kak, zaman sekarang, perempuan mesti agresif. Ni tidak, Along asyik kerja, belajar dan buat amal kebajikan aje!” Nana menyambung kata-kata kembarnya.
Aku hanya mampu terduduk dan terdiam. Dari mana si kembar nie pandai sangat menyusun kata!. “Sudah, pergi belajar!” herdikku agak keras.
“Hah tu, kaaaaan?!? Seru mereka serentak.
“Huhh!, dasar kembar!
“Along…!”
kudengar panggilan suara Mama dari ruang tamu. Perlahan-lahan aku bangun dari meja belajar. Setelah membetulkan tudung, aku keluar.
“Ada apa Ma?” Tanya ku lembut. Pada masa yang sama kulihat seorang lelaki, duduk disofa ruang tamu.
Sepasang mata Mama bersinar-sinar. Oo..Oo..! Ni mesti ada sesuatu yang tak kena, bisikku dalam hati.Iskh…tak baik buruk sangaka, tapi….
“Along, perkenalkan, Ini pembantu Papa dipejabat. Hebat, kan! Masih muda dah jadi penolong pengarah. Kenalkan ini…
…Zoii”“Zoy, makcik!”
“Eh, iya Zoi!”

Aku hanya mampu menahan ketawaku. Mama…Mam..!
Rasa geli hatiku lenyap serta-merta apabila aku terpaksa turut sama hampir dua jam mendengar perbualan Mama dengan si Zoii tadi.
Bukan main berlagak! Batinku menggerutu sendiri. Asyik bercerita tentang pengalamannya ketika berada di luar negara.
“Sepanjang saya belajar di Harvard lagi, saya sudah cuba-cuba berniaga sendiri. Hasilnya sungguh memberangsangkan. Gambarkan, setiap kali cuti saya mampu menjelajah ke seluruh Amerika, malah Eropah juga”.
Hiiihhh, geli geleman aku mendengarnya! Bertambah meluat apabila kulihat terdapat pancaran kekaguman di wajah mama. Betul-betul si Zoii nie tak sensitive. Dia tak perasan ke aku membisu seribu bahasa? Tapi dia tetap mengomel tak berhenti. Tak peduli dengan reaksi aku yang Cuma diam dan sesekali ‘tersungut’. Ku panjatkan syukur yang tak terkira ketika akhirnya Si Zoii pulang.
Alhamdulillah!Kulihat Luqman tertawa. Kesal bercampur geram. Aku balingkan bantal ke arahnya. Orang cerita panjang lebar minta pandangan, tiba-tiba dia Cuma tertawakan aku?!

“Dik, Along serius ni! Jangan main-main. Nanti kalau mam tanya pandangan adik tentang Zoy tu, adik jangan setuju tau. Kalau adik setuju, tunggulah padahnya!” ancamku serius. Luqman masih tersengih-sengih.Luqman memang amat rapat dengan aku. Aku dengan dia ibarat isi dengan kuku. Mungkin sebab umur kami yang hanya beza dua tahun, ditambah pula sikembar itu ketika umur Luqman mencecah 15 tahun. Namun yang lebih mengeratkan hubungan kami berdua apabila kami mempunyai wawasan dan cara berjuang yang sama, “Mendokong Risalah Islam untuk membangunkan umat!”.
Luqman….seperti namanya, begitu juga orangnya. Adikku yang bijak, seorang peguam yang sentiasa diterima pakai pandangannya oleh Papa dan Mama. Bukan kerana satu-satunya anak lelaki kesanyanya keluarga, namun yang penting dia seorang yang ‘wise’, peribadinya sungguh menyenangkan. Peribadi muslim mukmin yang soleh!.
“Macam mana ni, Along? Biasanya Along yagn suruh Maman (gelaran khusus aku untuk dia) sabar menghadapi sesuatu. Hai takkanlah baru masalah kecil nie Along dah marah-marah macam ni! Bawak bertenang, sabar kak, sabar! Innallahha ma’ashabirin!” balasnya sambil mengutip salah satu ayat dalam al-Qur’an.
Iya, ya. Kenapa aku jadi tidak sabar begini. Baru saja menghadapi Si Zoii. Astaghfirullah!.
“Sebenarnya Along bingunglah, Maman! Habis tu satu rumah ayik peril dan usik Along. Maman faham kan, pilih suami tu bukan semudah memilih ikan di pasar. Bukan senang nak cari lelaki soleh sekarang, susah. Along tak nak pilih ikut tangkap muat aje. Salah-salah pilih risikonya besar. Bukan main-main, bahana dunia dan akhirat!”.

Aku mula lihat keseriusan di sudut matanya. Cuma sekejap, sebelum ia kembali menggodaku.
“Atau hendak tak kalau Luqman yang carikan???!”
lemparan bantal ku kembali melayang.
Kriiing..!!!Ups, kumatikan bunti jam yang membangunkanku. Pukul tiga suku. Aku bangun dari tempat tidur, bergegas ke bilik air untuk berwudhuk. Kuperhatikan lampu bilik Luqman masih menyala. Sayup-sayup suara Imam Jibril terdengar dari kaset di bilik Luqman.
Cepat kuhapuskan fikiran tentang Luqman. Mataku secara spontan menyaksikan pantulan wajahku di cermin. Kuhapus titisan air wudhuk yang tersisa dengan tuala kecil. Oooohh, begini rupanya gadis dipenghujung usia dua puluh sembilan? Kuperhatikan bentuk wajahku yang makin tirus. Baru kusedari, betapa pucatnya wajah itu. Entah kemana perginya rona merah yang biasa hadir di sana. Mungkin hilang dimakan usia. Ya Rabbi, patutlah Papa dan Mama begitu bimbang. Sudahlah anak sulung mereka tak cantik, menjelang tua pulak tu!
“Jurutera : Cik Kartini.” Ku eja namaku sendiri.“Jangan cemas wahai saudaraku, ini bukan nasib buruk!” bisikku menghibur. Walau apa pun terjadi aku tetap tawakkal pada Allah. Jodoh, rezeki dan maut, Dia yang menentukan. Menemui jodoh di dunia bukanlah satu kepastian yang akan kita raih dalam hidup. Tidak. Ada hal lain yang lebih penting, lebih pasti. Ada kematian, maut yang pasti kita hadapi. Sesuatu yang selama ini kuucapkan kepada saudara muslimah yang lain, ketika ramai diantara mereka resah menanti calon suami yang tak kunjung datang.

“Sebenarnya kita lucu,

kan? Kita lebih kerap membincangkan masalah pernikahan, hal yang belum tentu terjadi. Maksud Along, berlalunya waktu dan usia, tidak seharusnya membuatkan kita lupa untuk berfikir positif terhadap Allah. Boleh jadi calon kita ini bukan untuk kita di dunia, tapi disediakan di syurga. Mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik, siapa tahu?” ujarku optiis, dua tahun yang lalu. Astaghfirullah! Ishbiri ya ukhti, isbiri… Tanganku masih mengadah berdoa, ketika aku mendengar azan subuh berkumandang. Hari baru kembali hadir. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, memberiku peluang untuk hidup sehari lagi agar aku berkesempatan untuk beramal dan bertaubat.

Selesai berurusan dengan Mama untuk masalah Zoii, aku terpaksa menghadapi makcik Ida pula yang sibuk mempromosi calonnya untukku. Hemm! Lagi-lagi aku hanya Cuma boleh mengiakan saja walaupun tak pernah rela.
“Terserah pada Along. Yang penting tengok dulu orangnya. Mudah-mudahan along suka. Dia anak orang kaya. Bapanya ada berpuluh-puluh ekar tanah getah di Kampung Muara. Tapi orangnya bukanlah kekampungan. Lulusan universiti juga seperti kamu!” promosi makcik Ida bersemangat.
Dua hari kemudian, makcik datang dengan ‘calon’nya.

“Junaidi. Panggil aje Junaid!”
Aku hanya mengangguk. Tak membalas uluran tangan yang diajukannya.
Selama perbualan berikutnya, berkali-kali aku terpaksa menahan diri untuk tidak lari masuk ke dalam. Aku tidak ingin menyinggung perasaan Makcik Ida. Apalagi beliau bermaksud baik. Hanya saja, asap rokok Junaid benar-benar membuatku mual. Malah dia merokok tidak berhenti-henti. Habis sebatang, sambung sebatang. Seperti keretai wap zaman dulu!.
Dengan berani pulak dia mengkritik penampilanku.
“Cik Kartini jangan tersinggung ye. Saya memang pelik melihat perempuan yang tudung ‘begini’. Kenapa tak nak memilih pakaian dan tudung yang aneka warna dan fesyen?! Saya kalau mempunyai isteri, pasti saya akan menasihatinya untuk membeli baju yang warna-warnanya cerah dan menawan. Dan semestinya bervariasi. Seperti trend bertudung sekarang. Saya rasa apa salahnya sesekali berfesyen hanya kelihatan sedikit leher dan betis?! Maksud saya biarlah jangan sampai kelihatan seperti karung berjalan. Betul tak, Alin, Hahaha…”
Secara tiba-tiba air mukaku berubah. Tanpa menunggu putung rokok ke tujuh habis, aku mohon diri masuk ke dalam. Aku biarkan makcik Ida di ruang tamu bersama tetamu. Tak lama kudengar suara Junaid minta diri untuk pulang. Alhamdulillah.
Ketika Makcik Ida menanyakan pendapatku, hati-hati aku menjawab.
“Maaf ya, Cik Ida…, rasanya Along tak serasi. Terutamanya asap rokoknya itu. Masalahnya, Along cukup alergi dengan asap rokok. Nampaknya Junaid kuat juga merokok. Maaf ya, Cik…, itulah keputusannya.”
Bayang kekecewaan jelas terlihat pada raut wajah Makcik Ida.
“Benar, ni… tak menyesal? Makcik hanya berusaha membantu. Along juga kena fikirkan perasaan Mama dan Papa. Susah tau mahu cari seperti Junaid. Sudahlah bujang, ada kedudukan pulak tu! Kamu pun dan cukup berumur.”

Pujukan Makcik Ida tidak mampu menggugatku. Dengan perasaan kecewa, beliau melangkah keluar. Sempat juga ku dengar Makcik Ida bercakap-cakap dengan Papa dan Mama. Sempat pula ku dengar komen-komen mereka yang kecewa, sedih. Ya Allah, kuatkan hamba-Mu!”

Hari beransur malam. Aku masih di bilik, mendiamkan diri. Bermacam-macam perasaan bermain dalam diriku. Sementara itu, hujan turun rintik-rintik.
Panas begitu terik. Langkah ku lesu menghampiri rumah. Penat rasanya memandu sepanjang hari, dari satu perpustakan ke perpustakaan lainnya. Namun buku yang kucari belum juga kutemui. Padahal buku itu sangat ku perlukan untuk menghadapi ujian semester ‘master’ aku. Sia-sia harapanku untuk balik cepat berehat di rumah. Sesaknya jalan…. Sehingga dua jam aku terperangkap dalam “jam”!.
Sesampainya aku di rumah, aku terus memberi salam, “Assalamualaikum!” perasaanku kembali tak menentu, bila melihat mama yang tidak bersendirian. Seorang lelaki berjubah dan berkopiah di kepala, nampak menemani beliau. Jangan… jangan…

“Waalaikummussalam. Panhang umur dia, hah. Dah balik pun Along. Along mari sini saying. Ini Salleh anak Pak Samat yang baru jer habis belajar pondok di kedah. Kamu berdua mesti boleh bekerjasama mengendalikan kegiatan masjid di sini. Ha, Along…, takkan diam saja? Maaf ya, Salleh, Along ni memang pemalu orangnya.”
Aduhh, Mama!
Kali ini Mama membiarkan aku berdua dengan tetamu itu. Cepat aku ke dalam mencari Nani dan menyuruhnya menemaniku. Dia bersetuju dengan syarat bawanya ke kedai buku yang baru di buka di Megamall hujung minggu ini.

Sepanjang Salleh bercakap, aku hanya tunduk membisu. Tak sanggup rasanya aku menahan pandangan tajamnya ke arahku. Dengan gaya bahasa yang tinggi, Saleh berceritaberbagai kisah berbahsa Arab yang telah dia kuasai. Bukan main. Lalu dia berbahas satu persatu perbezaan pendapat di kalangan umat islam. Soal doa qunut, perbezaan doa iftitah, masalah kedudukan telunjuk ketika tahiyyat, dan lain-lain yang senada.
Terus-terang, aku tidak setuju dengan caranya. Memang betul, semuanya suatu yang harus kita ketahui, tapi bagiku, dengan memperbanyakan perbincangan tentang masalah furu’ (cabang), hanya akan meruncingkan lagi perbezaan yang sedia ada. Yang penting semua mestilah berpegang pada sunnah Rasulullah SAW. Adalah lebih baik, jika kita berusaha mencari titik pertemuan atau persamaan, dan bukan memperluaskan lagi jurang perbezaan.

“Bagaimana pandangan Salleh, tentang krisis Bosnia suatu ketika dulu?” tanyaku mengalihkan perhatan.
“Oooh, itu. Ane sangat tidak bersetuju. Munurut pendapat analisa ane, tidak seharusnya masalah Bosnia itu digembar-gemburkan. Masalah ini kalau diperbesar-besarkan akan menyebabkan remaja semakin rasa tersisih. Mesti ada usha mendekati mereka dan bukan menjauhkan lagi mereka dari kita.” Ulasnya panjang lebar. Akhirnya aku yang bingung.

“Saya tidak faham apa yang Salleh maksudkan.” Ujarku sedikir gagap.
“Kenapa? Apa kerana bahasa yang ane gunakan terlalu tinggi, atau bagaimana, hingga Along sukar memahami?”

Aku bertambah keliru.“Bukan itu, ini…. Bosnia yang mana, yang Salleh maksudkan?” tanyaku main bingung.
“La, takkan yang tanya lebih bingung?! Yang ane bincangkan tadi tentang Bohsia, itu kan maksud Along?!!
Huufhh…. Kutahan tawa yang hampir keluar. Bingung aku. Dari sudut mataku, kulihat Nani terhingguk-hingguk menahan ketawa, sambil membetulkan tudung pinknya. Lucu sekali.
“Bukan, yang Along maksudkan tadi adalah penindasan yang terjadi pada saudara-saudara muslim kita di Negara Bosnia.” Aku berusaha menjelaskan dengan sabar.
Tampak Salleh mengangguk-angguk.

“Oooh, yang itu. Ya….jelas penindasan itu tidak boleh dibenarkan. Tidak sesuai dengan perikemanusiaan dan keadilan.” Ujar Salleh optimis, lalu….
“Agaknya Bosnia tu di mana ya?
Tawa Nani meledak.
Aduhai, Mama!!!!

Sebelah malamnya, ketika aku mengadu pada Mama, tentang calon-calon itu, tanpa diduga, ia menimbulkan kemarahan Mama.

“La…. Kamu ni macam mana? Kata Luqman kamu nak pada Salleh. Jadi Mama carikan apa yang kamu hajat. Jadi sebenarnya Salleh yang mana calon kamu itu?” suara Mama meninggi.

Aku terhenyak. Luqman yang duduk di kerusi makan tersenyum simpul. Jaga kamu ya! Bisikku penuh geram.
“Bukan yang namanya Salleh, Ma. Along ingin yang Soleh, yang mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang islam. Yang islamnya tidak hanya pada teori, tapi dibuktikan, yang tidak pelik memandang Along dari hujung tudung hingga ke hujung kaki, seperi hendak menawar barang dagangan. Along tahu, usia Along sudah jauh dari cukup. Along pun nak segera menikah. Perempuan mana, yang tidak ingin berkeluarga, dan punya anak?” lanjutku hampir menangis.
“Tapi…. Tolong. Jangan desal Along. Mama tolong Bantu Along agar boleh bersabar, tetap bertawakkal pada Allah. Kita memang harus berusaha, tapi jangan memaksakan diri. Biar Along terpaksa menunggu sampai tua, Along sanggup. Daripda bersuamikan orang yang akhlaknya tidak “Islamic”. Tolong Along, Ma…. Tolong!” Kusaksikan mata Mama berkaca-kaca. Diraihnya aku dalam pelukannya. Kami berdua menangis teresak-esak. Papa turut menghampiri kami lau menepuk-nepuk kepalaku. Nani dan Nana terdiam di kerusinya.

“Maafkan Mama, saying….” Suara Mama sayu memelukku semakin erat.

Kesibukkanku menulis terhent. “Kakak, Along…. Telefon tu!” pekik Nana kuat.
“Dari siapa” Kalau dari Andy, Zoii, Didin, Junaid, atau Salleh, Kakak tak mahu terima!” balasku agak tegas.

Hening, tidak ada panggilan lanjut daripada Nana. Aku lega.
Alhamdulillah, sejak kejadian malam tempoh hari itu, perlahan-lahan topik itu tidak dibincangkan. Mama tidak lagi sibuk menyuakan calon-calonnya, sebelum bertanya terlebih dahulu persediaanku. Beberapa orang Pakcik dan Makcikku yang datang, terpaksa pulang kerana promosi dibatalkan. Aku masih ingin menenangkan diri dulu.

Kuraih pena. Dengan hati seringan kapas, aku mulai menulis:

Kepada Calon Suamiku….
Usiaku hari nie bertambah setahun lagi. Tiga puluh tahun. Alhamdulillah. Kuharap, tahun-tahun yang berlalu, meski memudarkan keremajaanku, namun tidak akan pernah memudarkan ghirah islamiah yang ada. Mudah-mudahan aku dapat tetap beristiqamah dijalan-Nya.

Viva masterku sudah selesai. Tak lama lagi, kepakaranku akan bertambah. Aku sempat mengambil cuti panjang untuk mengambil kursus menjahit dan memasak. Dengan besar hati pula, Mama mesti mengakui, bahwa kemahirannya di dapur kini sudah ada pesaing.

Alhamdulillah, sekarang aku lebih aktif menulis menyampaikan pelbgai ceramah pada setiap ruang kesempatan yang ada. Aku semakin yakin berhadapan dengan manusia berbagai ragam dan rupa. Baru sedikit itulah yang boleh kulakukan sebagai menandakan syukurku atas nikmat-Nya yang tidak terhitung.

Calon Suamiku….

Aku maklum, bila sampai detik ini kau belum juga hadir. Permasalahan yang menimpa kaum muslimin begitu banyak. Kesemuanya membentuk satu daftar panjang dalam agenda kita. Aku yakin keidakhadiran semata-mata kerana kesibukkan dakwah adalah, satu kerja yang mulia. Hanya sedikit yang terpanggil untuk ikut rasa bertanggungjawab. InsyaAllah, hal itu akan membuat penantian ini seakan tidak pernah ada.

Calon Suamiku…

Namun jika engkau memang disediakan untukku di dunia ini, bila kau sudah siap untuk menambah satu amanah lagi dalam kehidupan ini, yang akan menjadi tanggungjawab di hadapan Allah (semoga), maka datanglah. Tak usah kau khuatiri persediaan yang belum selesai, atau pekerjaan yang masih sambilan. InsyaAllah, iman akan menjawab segalanya. Serahkan semuanya pada Allah. Jika Dia sentiasa memberikan rezeki, padahal kita tidak dalam keadaan jihad di jalan-Nya, lalu bagaimana mungkin Allah akan membiarkan kita, sedangkan kita sentiasa berjihak di jalan-Nya?!

Banyakkanlah berdoa, Calon Suamiku, di manapun Engkau berada. InsyaAllah, doaku selalu sentiasa menyertaimu.

Wassalam
Adinda Kartini
Nota: Agak-agaknya, siapa nama kamu?
“Syahril…. Nama saya Syahril.”

Dub! Aku tersentak. Pena yang kugenggamjatuh. Rasa-rasanya kudengar satu suara. Sedikit berjingkit, aku cuba menjenguk ke depan. Sebelum aku sempat menyelak langsir bilikku memisahkan ruang tamu, kudengar suara Papa memanggilku.

“Along….!”
Hampir aku terjatuh, ketika tergesanya menghampiri beliau. Sekilas mataku memandang banyangan seorang lelaki berkaca mata, berdiri tak jauh dari Papa, dengan wajah tertunduk, rapat ke dada. Dibelakangnya, Luqman berdiri dengan senyum meleret.

“Nah, Syahril, kenalkan ini Kartini. Puteri Sulung Pakcik. Ingat tak masa kecil dulu pernah bermain bersama-sama?” suara gurauan Papa terdengar mesra.

Aku menoleh sesaat, yang dipanggil Syahril tetap menunduk.
“Takkan Along lupa…. Inikan anak Pakcik Ibrahim, sahabat Papa sejak zaman sekolah dulu. Dan sekarang, dia baru saja bertugas sebagai Penasihat undang-undang di tempat Luqman kerja. Betul tak nak,?”

syahril mengangguk. Tapi tetap tidak ada uluran tangan.
“Assalamualaikum, Along…., Kartini. Saya Syahril.”

Masya Allah! Aku masih melongo, terpegun.

“InsyaAllah, hari ini saya datang sebab nak berta’aruf dengan Kartini. Kalau Kartini setuju, khitbahnya boleh dijalankan secepat mungkin. Sesudah itu…. Mudah-mudahan boleh berjihad bersama-sama mungkin…”

agak perlahan kudengar kalimatnya yang terakhir. Kulihat Papa tersenyum lebar, melirikku.
“Apa, Along…. Khitbah? Melamar, ya….??” Aku mengangguk pendek, tersipu. Tawa Papa makin lebar. Aku masih terpegun.

Masya Allah, Calon Suamik…. Eng…engng…ups, apakah …apakah… ini, kamu???

0 KOMEN:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
FIKRAH MUJADDID