Download

PEMBUKA PENA

Cari

IKLAN

KALAM MUJADDID




JOM IKUT DARI FACEBOOK!!!!!!!!

Jom jadi member!!!

Sunday, February 6, 2011

SOLAT PAKAI KASUT????





Assalamualaikum….Insya Allah kali nie saya ingin mengajak kepada semua pembaca-pembaca sekalian tentang satu perkara yang mungkin bagi kita asing, mungkin ada yang tak pernak dengar, atau atau pernah dengar tapi tak pasti daripada mana sumbernya….Iaitu Solat Pakai Kasut ke Selipar ke But ke….tak kisah ar……tapi yang

ingin saya cerita ni ialah solat pakai ksut ADALAH satu SUNNAH yang telah kiTa tinggalkan…..


PENJELASAN

Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’e dalam kitabnya Majmu’ Rasa’il ‘Ilmiyyah telah mengatakan bahawa solat dengan memakai sepatu merupakan suatu sunnah yang sudah dilupakan.

Ibnu Muflih dalam kitabnya al-Aadaab Al-Syar’iyyah Jil 3 hlm 511 telah meletakkan bab khusus“Fasl Istihbab Salah fi Ni’al” (Perihal Disunnahkan solat dengan memakai kasut), lalu dia berkata Syeikh Ibn Taimiyyah rahimahullah menyebutkan bahawa solat dengan memakai sandal atau sejenisnya itu disunnahkan.

Ada hadis berkenaan bab ini daripada Abu Maslamah Said Bin Yazid Al-Azyid radhiyallahu ‘anhukatanya, “aku pernah bertanya Anas bin Malik adakah Rasulullah SAW pernah solat dengan memakai kasut?” Anas menjawab “Ya!” (Hadis riwayat Imam Bukhari no. 386, Muslim no. 555 dan dalam sunan Tirmidzi n0. 396)

Kemudian Abu Maslamah mengatakan bahawa para ulama sepakat mengamalkannya.

Begitu juga hadis dari Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash dia berkata : ” Aku pernah melihat Rasulullah mengerjakan solat dengan kaki telanjang (tidak berkasut) dan berkasut”. Hadis riwayat Ahmad no.6627, Abu Daud no.653, Ibn Majah no. 1038.

Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW mengerjakan salat, beliau membuka kedua kasutnya, lalu orang-orang yang ada dibelakang beliau pun membuka kasut mereka. Selesai solat, beliau bertanya : Kenapa kamu semua membuka kasut kamu? Mereka menjawab : Wahai Rasulullah SAW, kami melihat engkau membuka kasut, sebab itu kami juga membuka kasut. Beliau berkata : “Sesungguhnya Jibril mendatangiku, lalu memberitahuku bahawa ada kotoran ( Najis ) di kedua kasutku. Jika salah seorang diantara kamu mendatangi masjid, maka tengklah kasutnya. Kemudian lihatlah, jika ada kotoran (najis) pada keduanya, maka gosok-gosokkanlah ke tanah, setelah itu solatlah dengan memakai keduanya”. hadis riwayat Ahmad no. 1153, Abu Daud no. 605, Ibn Khuzaimah no. 1017. Pentahqiq kitab al-Musnad Imam Ahmad mensahihkannya.

Beberapa ulama Hadis ada menerangkan berkenaan isu ini.

1. Imam Tirmidzi didalam kitab sunannya ketika meriwayatkan hadis pertama diatas berkata“Didalam bab ini terdapat hadis dari Abdullah Ibnu Masud,Abdillah bin Habibah,Abdillah bin Amr,Amr Bin Huraits,Syaddad bin Ans,Ats Tsaqafi,Abu Hurairah dan Atha’ dari bani hanidah.Dan hadis ini diamalkan oleh para ahli ilmu.

2. Imam al-Iraqi didalam syarahnya terhadap kitab sunan Imam Tarmidzi Bahawa solat dengan memakai kasut diamalkan dan disukai oleh Umar Al-khatab,Uthman Ibnu Affan,Abdullah Ibnu Abbas,Anas bin Malik,Salamah bin Al-Akwa dan Aus ibnu Ath-Tsaqafi (RA)

Sabda Nabi Muhammad SAW “Berperilakulah yang berlawanan dengan orang-orang yahudi ke

rana mereka tidak mengerjakan solat dengan memakai sandal atau kasut mereka”(Hadis dari Syaddan binAus dari Ayahnya,Sunan Abu Daud no:622). Hadis ini diucapkan oleh Nabi disebabkan pada awal penghijrahan umat Islam ke Madinah ketika itu di Madinah sudah ada kaum Yahudi yang tinggal di sana.Dan ada sebahagian kita akan ragu-ragu dengan sunnah ini tapi kita kena ingat bahawaSunnah Nabi adalah lebih utama kita ikuti daripada pandangan kita sendiri atau keraguan nafsu. al-Imam Ibnu Qoyyim menyatakan dalam hal ini “Antara yang tidak menyenangkan hati orang yang was-was ialah solat dengan berkasut padahal ia adalah sunnah Nabi SAW dan para sahabat.” Imam Ahmad pernah ditanya mengenai solat berkasut, maka katanya “Demi Allah solat berkasut itu adalah baik benar”


Askar kita lagi tahu daripada kita…..

IMAM MUDA ASYRAF ULAS:

Kenyataan saya ini bukanlah ingin mempromosi solat dengan memakai kasut. Bukan juga tidak lama lagi saya ingin mengeluarkan produk ‘kasut untuk solat’. Tidak sama sekali. Apatah lagi hendak menyeru orang ramai masuk kedalam masjid dengan memakai kasut memijak marmar, karpet, kayu yang indah-indah semata-mata mahu mengamalkan sunnah. Kalau saya jadi Tok Imam Masjid pun marah masuk pakai kasut. Kasihankan tok siak masjid. Namun ianya sekadar jawapan yang ditanya oleh beberapa pihak yang menolak dengan keras perilaku solat dengan memakai kasut walaupun di atas padang, dan di tempat yang sukar dihamparkan sejadah seperti adat kebiasaan kita turun temurun.

Saranan saya, kalau boleh buka kasut, buka sahaja untuk mengelakkan fitnah dari tersebar di kalangan masyarakat. Namun sekali sekala proses mempromosikan sunnah yang ditinggalkan ini juga perlu dilakukan dengan hikmah. Ini kerana, takut-takut, kita mengeji, menghina, mengutuk sesuatu yang bukan atas dasar ilmu. Sedangkan ianya merupakan sunnah dan petunjuk dari Nabi SAW.

Ayuh kita tenang dalam meletakkan hukum kepada manusia…

Saturday, February 5, 2011

AKU KENA MARAH!!!!!



Alhamdulillah,,,,Saya bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang telah dikurniakan ke atas diri ini dan keluarga. Bersyukur juga saya hari ini masih berada dalam Negara yang aman dan tenteram.

JALAN-JALAN KE MELAKA

View Larger Map Setelah berfikir panjang tentang jadual yang padat di tempat kerja, Stesen Minyak Petronas,,setiap hari tengok duty roster yang terpampang di office….rasa macam pelik hari-hari tengok benda yang sama…Yelah sibuk dengan driving training,, kerja lagi akhirnya dapat putuskan juga untuk ambil cuti hari Jumaat@4 Februari 2011. Setiap minggu mesti kena training dan cuti kat Petronas 1 hari je dalam seminggu.

Memang lama juga tak pergi jalan-jalan jauh ( jauh kot@luar negeri Selangor) sejak habis SPM 2010. Habis bincng dengan supervisor, bincng dengan kawan sekerja lain ,akhirnya dapat cuti Jumaat.
Sekeluarga pergi ke Melaka kecuali akak yang sorang tu,,,dia ada assignment yang nak diselesaikan…Semuanya 4 kereta termasuk kereta mak cik yang nak follow sekali..Bertolak dalam puku 9.30 pagi. Lebih kurang 2 jam baru sampai,,,tu pun 2 kali terlajak jalan,,yelah baru sekali pergi pas2 dah lupa…Sampai dalam pukul 11:30 pagi..
Dipendekkan cerita ,,kitorang budak2 laki( adik-beradik laki ) semua penat terutamanya abang
baru balik kerja shift malam…So kitorang pun plan nak rehat-rehat kat sebuah masjid berdekatan dengan rumah Mak Cik…dekatdengan pantai…Ketika tu jam baru menunjukkan
12:15..
Gambar hiasan
KENA MARAH!!!!!!!

Kitorang pun ushar dalam masjid …biasa ra first time pergi mesti ar jakun cket….pastu kirang baring-baring dalam masjid tapi bukan di bahagian
utama solat….Dalam 10 minit kitorang baring, tiba-tiba seorang lelaki tua(AJK masjid kot) terus marah-marah kami…kitorang yang tgh baring terus bangun dripada baring….Pak cik 2 marah lebih kurang macam nie ar……

“kenapa baring-baring nie…???? Bangun skang!!!! Nie bukan tempat nak baring-baring. tahu x ni masjid…korang tau adab x dalam masjid… …..???? Cubalah baca Al-Quran ke ? baca Yasin ke???

Agak lama gak dye marah..kitorang semua senyap…. Saya tengok muka abang merah padamje……Yelah penat kerja pas2 terus bawa van (van Ayah) ke Melaka…bru nkk rehat2 jap dah kena marah….

Yang saya x puas hatinya, kalau pak cik 2 tegur baik-baik xppe,,,,tp nie lbih kurang menengking!!!!dalam tgh marah2, saya cuba fikir ,,,x pernah lak ustaz saya larang baring kat masjid,,,x delak mufti-mufti keluarkan fatwa….x delak keluar dari Majlis Fatwa Kebangsaan…2 jelah yang saya tahu setakat nie,,,seandainya ade sori ,,,,sbb diri ini msih kekurangan ilmu..
Kitorang bukannya nak wat kotor kat masjid tu,,, Cuma nk rehat kat masjid..sementara tunggu masuk waktu Zohor nak solat Jumaat….Tension!!!!!!!

NASIHAT DAN PENGAJARAN
Kitorang bukanlah cakap kitorang 100% betul… kitorng masih open-minded terima teguran( tapi nie bukan teguran, lebih dari teguran),,kitorang hormat kat pak cik 2,,maybe dia lebih alim daripada kami….

Tapi yang membuatkan otak saya nie berfikir ialah tindakan pak cik 2 ,,,cara dia tegur kitorang…Sebagai seorang yang bertanggungjawab mengimarahkan masjid 2, pak cik 2 x leh lah tegur kitorang macam tadi…kitorng ni hanya tetamu…dan sewajarnya dilayan dengan bain…bukanlah kami minta,,tapi itulah yang Rasulullah ajar kepada kita…

Andai kata pak cik 2 nak tegur boleh tapi dengan lembut….saya terfikir macam mana dakwah Islam nak berkembang seandainya pendakwah gagal memahami cara berdakwah…terfikir di kepala saya macam mana pak cik 2 nak tegur orang kampong seandainya terdapat daripada merekan yang ingin buat kesilapan..

Saya juga terfikir macam mana kalau yang datang singgah di masjid 2 bukan Islam….macam mane dye nak tegur…seandainya dtegur sepertimana kitorang kene, alamatnya menatijahkan persepsi yang buruk terhadap Islam…
Saya bukanlah baik sangat tapi ini sebagai nasihat semua Muslim yang lain supaya berlembutlah ketika mula berdakwah…Macam mana kita nak selesaikan kes gejala social sekarng ni,,,x kan kita nak sergah je remaja2 di luar sane…..jadi mestilah pandai bertindak dalam berdakwah ,,ini pesanan untuk semua…..dan cerita bukanlah ingin mendatangkan pertelagahan tapi untu maslahat ummah dari semasa ke semasa…

Jadilah kita ni Muslim yangprofessional dan progresif…..bukannya agresif…

HUKUM BARING/TIDUR DI MASJID

Tidur di dalam masjid hukumnya mubah (boleh), asal dapat menjaga kebersihannya.
Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu' Syarah Al-Muhadzdjab menjelaskan sebagai berikut:

Tidur di masjid hukumnya boleh, tidak makruh menurut pendapat kami. Imam Syafii Rahimahullah telah memberikan nash atas bolehnya tidur di masjid dalam kitabnya Al-Umm, dan pendapatnya itu telah disepakati oleh sahabat-sahabatnya.

Dalam kitab tersebut Imam Nawawi mengungkapkan argumentasi (dalil) yang dijadikan dasar oleh Imam Syafii dan para sahabatnya atas bolehnya tidur di dalam masjid, yaitu sebagai berikut:

Imam Syafii, begitu pula sahabat-sahabat kami telah berdalil atas tidak makruh tidur di masjid, dengan hadis yang kuat terdapat dalam kitab Shahih Bukhari dan Shahih Muslim dari Ibnu Umar r.a. Beliau telah berkata, "Saya suka tidur di masjid, padahal saya seorang pemuda yang belum kawin." Dan telah terdapat hadis yang kuat yang menyatakan bahwasanya Ahlush Shuffah (sahabat-sahabat Nabi Saw. yang miskin, tidak punya rumah, dan tidak punya harta) mereka suka tidur di masjid. Dan telah terdapat hadis yang kuat dalam kitab kitab shahih Bukhari dan Shahih Muslim, bahwa Sayidina Ali r.a. pernah tidur di masjid, sahabat Shafwan bin Umayah pernah tidur di masjid, seorang perempuan tukang selempang suka tidur di masjid. Begitu pula segolongan dari sahabat yang lain, Tsumamah bin Atsal, ia suka menginap di masjid sebelum ia beragama Islam. Semua itu terjadi pada zaman Rasulullah Saw. (Kitab Al-Majmu' Syarah Al-Muhadz-dzab, Juz II, halaman 173-174)

Dalam kitab Fiqhus Sunnah terdapat keterangan sebagai berikut:

Boleh hukumnya makan, minum dan tidur di masjid dimana saja. Terdapat sebuah hadis dari Ibnu Umar, beliau berkata, "Kami (para sahabat) pada zaman Rasulullah Saw. suka tidur di masjid, kami tidur qailulah (tidur tengah hari) di dalamnya, dan kami pada waktu itu masih muda-muda." (Kitab Fiqhus Sunnah, Juz I, halaman 213)

Dari beberapa dalil tersebut diatas, jelaslah bahwa tidur di masjid hukumnya boleh, tidak makruh apalagi haram, karena para sahabat banyak yang melakukannya, padahal Rasulullah Saw. ketika itu masih hidup. Seandainya tidur di masjid itu hukumnya haram tentu Rasulullah melarangnya.
Kalau ada salah seorang tokoh masyarakat yang berfatwa bahwa tidur di masjid itu hukumnya haram, menurut hemat kami, itu adalah fatwa yang tidak berdasarkan kedapa dalil dan tidak perlu kita ikuti kecuali kalau tidurnya mengotori masjid.
Pendapat tentang bolehnya tidur di dalam masjid secara mutlak, ini adalah pendapat yang dipegang Imam Syafii beserta sahabat-sahabatnya, Imam Ibnul Musayyah, Imam 'Atha, dan Imam Al-Hasan.
Adapula beberapa pendapat yang tidak didukung oleh dalil, dari kalangan sahabat, Tabiin, dan ulama Mujtahidin yang lainnya sebagai berikut:

* Ibnu Mas'ud, Ibnu Abbas, Mujahid, dan Sa'id bin Jubair berpendapat, bagi orang yang mempunyai rumah (tempat tidur), tidur di masjid hukumnya makruh. Sedangkan bagi orang yang tidak atau belum punya rumah (tempat untuk tidur), hukumnya boleh dan tidak makruh.

* Imam Ahmad dan Imam Ishaq berpendapat, bagi orang yang sedang musafir (bepergian) atau semacamnya, tidur di masjid hukumnya boleh, sedangkan bagi orang yang mukim (tidak bepergian), hukumnya tidak boleh.

* Imam Al-Auza'i (nama lengkapnya Abu 'Amr Abdurrahman bin Muhammad Al-Auza'i, lahir 88 H, dan wafat 157 H), beliau berpendapat bahwa tidur di masjid hukumnya makruh secara mutlak. Dengan pengertian, baik orang itu sedang musafir atau sedang mukim, hukumnya tetap makruh. (Baca kitab Al-Majmu' Syarah Al-Muhadz-dzab, Juz II, halaman 173)

Kami sendiri condong kepada pendapat yang mengatakan tidur di masjid itu boleh, karena hujjah-hujjahnya cukup jelas dan kuat.
Akan tetapi kalau pengurus atau pemilik masjid (waqif) itu melarang tidur di masjidnya, mungkin agar terjaga keindahan dan kebersihannya, tentu tidak boleh tidur di masjid tersebut, sebab bila ia tidur di masjid, berarti ia telah menggunakan milik atau fasilitas orang lain tanpa seizin pemiliknya DAN seanadainya ingi pengurus masji itu ingin melarang juga …laranglah dengan berhemah dan lemah lembut….Mudahan kita diampunkan dosa-dosa kita termasuk diri penulis…..
Related Posts with Thumbnails
FIKRAH MUJADDID