Download

PEMBUKA PENA

Cari

IKLAN

KALAM MUJADDID




JOM IKUT DARI FACEBOOK!!!!!!!!

Jom jadi member!!!

Thursday, November 17, 2011

Hatiku berkata-kata..


Rasa dah seminggu lebih saya tak menulis di blog kesayangan saya ni.. Alhamdulillah masih diberikan kekuatan dan kudrat untuk bersama-sama memegang panji Islam..Panji untuk menyebarkan pesanan2 yang baik, panji yang meningkatkan kalimah Allah kerana apa??? Kerana  Islam itu 2 ada 2 perkara yang penting iaitu SYIAR dan SYARIAT.
Membantu Agama Allah
Saya pernah mendengart ada yang mengatakan bahawa Allah sebenarnya tidak memerlukan kita untuk membantu-Nya kerana Dia maha berkuasa ke atas sesuatu..Tetapi kitalah yang amat2 memerlukanNya kerana kehidupan kita ini sememangnya bergantung kepada sesuatu yang maha Berkuasa iaiti Tuan pemilik alam ini Allah ‘Azza wa jalla..
Apa yang ingin saya kongsikan ini bukanlah bermakna saya alim, saya baik sangat tetapi hanyalah ingin berkongsikan pengalaman, iktibar dan sekelumit ilmu yang telah Allah kurniakan untuk tatapan semua. Sebabnya saya rasa walaupun kita ini tidaklah baik namun dengan usaha perkongsian ilmu ini mudah2an dapat saya membetulkan diri dan memuhasabah diri ini agar menjadi lebih baik,,, kerana ingatlah jadilah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini jika kita tidak mahu diri ini digelar orang yang celaka… Saya teringat nukilan Imam Ghazali yang mengatakan bahawa jadilah kita ini orang yang mencuci pakaian..
Orang yang mencuci pakaian
Kenapa ea Imam Ghazali kata begitu??? Itulah yang kita patut fikirkan . Saya terdenagar ini dalam radio IKIM ketika memandu… SEBABnya sebagai seorang bergelar insan kita tidak lari daripada melakukan dosa,, jadi Imam Ghazali mahu kita menjadi orang mencuci pakaian kerana sambil kita mencuci pakaian secara tidak langsung tangan kita juga akan bersih sementara baju itu turut bersih… membantu membetulkan orang lain sambil membetulkan diri sendiri..Itulah yang terbaik,, Jadi orang yang bermanfaat kepada orang lain.
Bermanfaat kepada orang lain
Bermanfaat kepada orang lain itulah prinsip hidup saya My Life Principle…selagi nyawaku dikandung jasad akan kupertahankannya dan mengamalkannya sepanjang hidupku… Kadang-kadang terdapat segelintir orang kata kita patut buat baik kepada orang Islam sahaja.. Tetapi bagiku semua manusialah kita patut bermanfaat …kerana Islam  itu dating sabagai rahmat kepada seluruh alam..jadi sebagai muslim amat wajarlah kita mendukung cita2 Islam kepada seluruh dunia..molek sungguh!!! [^_^]..
Rasulullah SAW juga pernah mewasiatkan kepada kita semua sepotong mutiara kata yang amat relevan dulu,kini dan selamanya iaitu Hadis Rasulullah SAW, hadisnya berbunyi begini  “ sebaik-baik manusia di antara kamu adalah orang yang bermanfaat kepada orang lain
Bagiku bermanfaat kepada orang lain tidaklah sepayah yang kita fikirkan,,tidak memerlukan harta yang banyak ,,kalau kta kurang ilmu tidaklah bermakna kita tidak boleh bermanfaat kepada orang lain, semuanya bermula dari diri kita , dari jiwa kita, dari hati kita yang merupakan Raja kepda seluruh perlakuan, percakapan kita seharian..IINGAT!!! AMBILLAH pengajaran daripada nukilan ini,,,                      “ Ilmu itu milik orang yang alim TETAPI dakwah itu, mengajak orang buat baik itu, mencegah orang buat jahat itu adalah milik semua,,, jadi tidaklah menjadi alas an kepada kita untu bersama-sama melakukan amal ini…INGAT !!! mudah-mudahan ini menjadi PENCEN KUBUR kita iaitu ilmu yang bermanfaat kepada orang lain,,walaupun sedikit nasihat(ilmu) yang kita berikan kepada kawan2 kita,, dan mereka mengikutinya…mudah-mudahan menjadi pahala yang berterusan kepada kita setelah kta meninggalkan alam ini.
Amanat bapaku Haji Mohd Rashid


Saya rasa amatlah patut saya kongsikan amanat ayahku ini “ dam, ingat andaikata kita ini tidakk menyenangkan( memberi manfaat ) orang lain, Janganlah seskali menyusahkan orang lain”… Setelah pelbagai perkara yang berlaku  dan turut memikirkannya dapat saya simpulkan tidak menyusahkan orang lain itu boleh juga kita anggap memberi manfaat kepada orang lain,,, cuba fikirkan ye kawan2…Itulah yang saya ingin kongsikan…Salam Transformasi….

Wednesday, November 2, 2011

PELIK SUNGGUH MEREKA INI….. !!!!


Bismillahirrahmanirrahim….. Betul ke Malaysia di ambang krisis urus tadbir yang mendukacitakan???? Saya tidak mahu mempersoalkannya mahupun ingin menjawabnya…. Laporan Audit 2010 sudahpun keluar dan hangat didedahkan hampir keseluruhan media massa yang berada di Malaysia.. dan yang pelik lagi Laporan Audit 2010 ini keluar setelah beberapa hari Perdana  Menteri kita membentangkan Belanjawan 2012.. berlakunya kelewatan di situ…
Selalunya kalau kita ikuti setiap pembentangan Belanjawan Negara,, semua ahli parlimen diberikan Laporan Audit,,, tapi tahun ini pelik… berlaku kelewatan dan Belanjawan 2010 tetap dibentangkan
Namun ,, itu bagi saya bukanlah perkara yang ingin saya kongsikan hari ini..Isunya ialah PEMBELIAN BINOKULAR@ teropong lah senang nak cakap…Pembelian 2 buah teropng dengan harga yang tidak masuk akal…Pembelian teropong itu diurus oleh Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM).. Harganya yang dibayar sebanyak 2805% tinggi lebih mahal daripada harga pasaran. Pergh!!! Memang dahsyat… Harga sebenarnya RM 1069 tetapi dibeli pada harga RM 56350..
Hari ini , Timbalan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Mohd Shukri Abdull mengatakan bahawa pembelian 2 buah teropng itu tiada kene-mengena dengan rasuah…. Nasib baik…. Setelah kes disiasat, beliau mendapati bahawa berlaku kesilapan disebabkan kegagalan pihak terbabit mengenal pasti harga sebenar @pasaran teropong itu… Jadi, saya berasa hairan dan pelik macam sebuah agensi kerajaan boleh memandang ringan ketika menjalankan pembelian teropong ini… Dunia hari ini penuh dengan kecanggihan ,, jadi bagi saya tiada alasan boleh berlakunya kesilapan disebabkan tidak dapat mengenal pasti harga pasaran teropong tersebut.
Perkara ini amat menarik perhatian saya kerana bagaimana mungkin urus tadbir agensi kerajaan  sebegini rupa dan ini membabitkan DUIT RAKYAT yang dileburkan akibat pembelian teropong yang sepatutnya lebih murah…  Kalau guna duit mereka sendiri tiada masalah…tiada sesiapa yang ingin persoalkan mereka..  1 lagi agensi ini juga didakwa mengendahkan Prosedur Perolehan Perbendaharaan yang mana menekankan pemantauan di seluruh aspek sebelum melakukan sebarang pembelian peralatan..
Lantaran itu , menurut Datuk Mohd Sukri , tindakan disiplin patut dekenakan kepada pegawai kerajaan agensi tersebut termasuk mengnakan surcaj kepada pegawai tersebut  disebabkan ‘kesilapan kecil’ nya yang tidak mengenal pasti harga semasa seterusnya menyebabkan kerajaan RUGI.. Beliau juga mengatakan syarikat pembekal teropong tersebut patut disenaraihitamkan oleh kerjaan kerana memanipulasi harga..
AMANAH
Allah SWT berfirman :
Maksudnya : “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang kamu ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah" (al-Qashas, ayat: 26) 

Seorang muslim yang sejati itu pastilah sangat mementingkan amanah. Amanah itu menjadi agenda utama dalam hidupnya. Ini kerana amanah itu merupakan ciri-ciri utama orang yang beriman dan ia adalah lawan kepada sifat khianat. Sementara khianat itu merupakan sifat orang munafik. 

Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya : “Empat perkara, barangsiapa yang memiliki kesemuanya maka dia adalah munafiq yang sebenar dan barangsiapa yang memiliki salah satu daripadanya maka dia telah memiliki salah satu daripada sifat munafiq dan dia kekal memiliki ciri-ciri munafiq sehingglah dia meninggalkannya: apabila diberi amanah di khianat, apabila berkata dia menipu, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila bermusuhan dia berlaku jahat”. 
(Shohih Muslim – Hadis ke 88)

Ia juga merupakan perintah tuhan yang tidak boleh dipandang ringan. Firman Allah SWT :

Maksudnya : "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat." (an-Nisaa` ayat: 58)
Sebelum Rasulullah SAW diutus menjadi Rasul, baginda SAW terkenal dengan gelaran al-amin yang bermaksud orang yang amanah. Inilah sifat terpuji Baginda SAW yang menyebabkan pemuka-pemuka Quraisy mati hujah untuk mempertikaikan kenabian Baginda SAW walaupun mereka terkenal dengan kefasihan berhujah dan bijak menggunakan kata-kata. Di dalam al-Quran pula, amanah itu disebut sebagai sesuatu yang berat untuk ditanggung sehingga makhluk-makhluk gergasi ciptaan Allah seperti langit, bumi dan gunung-ganang enggan untuk menerimanya apabila ditawarkan kepada mereka. Allah SWT berfirman :

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (al-Ahzab, ayat: 72)

Antara tafsiran yang agak menyeluruh bagi maksud amanah dalam ayat di atas ialah “urusan agama” sama ada ia berkait dengan dunia mahupun akhirat. Ini bermakna Islam itu sendiri adalah amanah yang mesti dipikul oleh setiap penganutnya. Dalam beberapa hadis, amanah itu ditafsirkan sebagai jawatan. 

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Abdul Malik bin Syu'aib bin Laits telah menceritakan kepadaku bapakku Syu'aib bin Laits telah menceritakan kepadaku Laits bin Sa'ad telah menceritakan kepadaku Yazid bin Abu Habib dari Bakr bin 'Amru dari Al Harits bin Yazid Al Hadhrami dari Ibnu Hujairah Al Akbar dari Abu Dzar dia berkata, saya berkata, "Wahai Rasulullah, tidakkah anda menjadikanku sebagai pegawai (pejabat)?" Abu Dzar berkata, "Kemudian beliau menepuk bahuku dengan tangan beliau seraya bersabda: "Wahai Abu Dzar, kamu ini lemah (untuk memegang jabatan) padahal jabatan merupakan amanah. Pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi siapa yang mengambilnya dengan haq dan melaksanakan tugas dengan benar." (Shohih Muslim – Hadis ke 3404).


Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sinan telah menceritakan kepada kami Fulaih bin Sulaiman telah menceritakan kepada kami Hilal bin Ali dari 'Atho' bin yasar dari Abu Hurairah radhilayyahu'anhu mengatakan; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi." Ada seorang sahabat bertanya; 'bagaimana maksud amanat disia-siakan? ' Nabi menjawab; "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu." (Shohih Bukhari – Hadis 6015)


Kenapakah agaknya jawatan itu disebut sebagai amanah? Ia seolah-olah menunjukkan bahawa hanya orang yang amanah sahaja yang layak memegang jawatan. Inilah perkara yang disebut oleh Nabi Yusuf AS ketika menawarkan dirinya untuk satu jawatan yang sinonim dengan menteri kewangan pada hari ini. Firman Allah SWT :


Maksudnya : Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya". (Yusuf, ayat: 55)

Orang yang hilang sifat amanahnya, maka secara moralnya dia sudah hilang kelayakan untuk menyandang sebarang jawatan. Bagaimana pula jika jawatan itu adalah jawatan yang sangat penting, berat tanggungannya dan berkaitan dengan maslahat rakyat.

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Syaiban bin Farrukh telah menceritakan kepada kami Abu al-Asyhab dari al-Hasan dia berkata, "Ubaidullah bin Ziyad mengunjungi Ma'qil bin Yasar al-Muzani yang sedang sakit dan menyebabkan kematiannya. Ma'qil lalu berkata, 'Sungguh, aku ingin menceritakan kepadamu sebuah hadits yang aku pernah mendengarnya dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, sekiranya aku mengetahui bahwa aku (masih) memiliki kehidupan, niscaya aku tidak akan menceritakannya. Sesunguhnya aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Barangsiapa diberi beban oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, niscaya Allah mengharamkan Surga atasnya'." (Shohih Muslim – Hadis ke 203).
Ini perihal orang yang diamanahkan oleh Allah SWT, lalu dia mengabaikannya. Bagaimanakah pula keadaannya orang yang sedari awal tidak berkelayakan langsung lalu dia meminta jawatan dalam keadaan dia tidak disukai? 

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Hannad telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah dari Al A'masy dari Zaid bin Wahab dari Hudzaifah bin Al Yaman telah menceritakan kepada kami Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam dua hadits; salah satunya sudah aku ketahui dan yang lainnya tengah aku nanti-nanti, beliau menceritakan kepada kami bahwa amanat turun di hati orang-orang kemudian Al-Qur`an turun dan mereka mengetahui dari sunnah lalu beliau menceritakan kami tentang tercabutnya amanah, beliau bersabda: "Seseorang tidur lalu amanah dicabut dari hatinya kemudian membekas seperti jejak kaki lalu ia tidur lagi kemudian amanat dicabut dari hatinya hingga bekasnya tetap ada seperti jejak tangan seperti bara api yang kau gelindingkan di atas kakimu lalu kau melihatnya membengkak padahal tidak ada apa pun didalamnya." Setelah itu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam mengambil batu kerikil dan menggelindingkannya di atas kaki, orang-orang pun berbaiat kepada beliau hingga hampir salah seorang di antara mereka tidaklah menunaikan amanat hingga dikatakan: Di Bani Fulan ada seseorang terpercaya, hingga dikatakan pada seseorang: Alangkah kuatnya dia, alangkah cerdasnya ia, alangkah berakalnya ia padahal dihatinya tidak ada sedikit pun keimanan. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Suatu masa telah mendatangiku dan aku tidak perduli siapa diantara kalian yang aku baiat di masa itu, bila ia muslim pastilah agamanya akan mengembalikannya padaku dan bila Yahudi atau Nasrani, para penarik pajaknya akan mengembalikannya padaku, sementara saat ini, aku hanya membaiat fulan dan fulan dari kalian." Berkata Abu Isa: Hadits hasan shahih. (Jami' At-Tirmizi – Hadis ke 2105)

Semoga kita mendapat pengajaran daripada peringatan di atas dan tergolong dari kalangan orang-orang yang mendengar dan membaca nasihat, lalu mereka mengikut mana-mana yang terbaik dan memberi manfaat kepada diri mereka. Amin.

Saturday, September 17, 2011

Memasjidkan Masyarakat, Memasyarakatkan Masjid

Assalamualaikum,,,,sahabat2,,,nampak semaikin hari semakin semangat dibuatnya ber'blogging' ni..Orang tua kata sharing is caring right??? jadi selagi hayat dikandung badan, selagi perkara itu boleh dikongsikan, selagi itu akan kutulis seberapabanyak perkongsian yang mungkin boleh membuahkan sedikit pemikiran yang kritis dan Ibrah yang kita harapkan dalam kehidupan kita.

Hari ini hari sabtu bersamaan 17 September 2011, saya telah dijemput menghadiri "Open Masjid" ,,ha!! plikkan??? Yelah kalau orang buat rumah terbuka dipanggil Open House tapi kalau masjid buat pula, kita panggillah Open Masjid,,,tak gitu ke kawan-kawan????..Maybe bagi saya masjid sentiasa open cuma hati kita je kadang-kadang open and close untuk pi masjid,,,termasuk yang menulis ini...Rumah saya kan dekat dengan masjid,,so kena rajin-rajinlah pi masjid
.

Majlis ni namanya Jamuan Eidulfitr Bersama Dato' Tuan Guru Ismail Kamus...Syukran kepada Tuan Guru kerana dapat hadir bersama dalam majlis ini. Tidak lupa juga kepada pemimpin kawasan Y.B Tuan Amirudin Shari merangkap Adun Batu Caves kerana turut serta dalam majlis tersebut..Dan tidak ketinggalan Nazir Masjid Al-Amaniah Daerah Gombak, Al-fadhil Ustaz Rizal Mokhtar Al-Hafiz kerana berjaya menjayakan program ini.
YB Adun Batu Caves

Ustaz Rizal Mokhtar

Bagi saya program sebegini rupa amatlah bagus dan perlu diteruskan pada masa2 akan datang kerana telah menarik lebih ramai jemaah datang ke masjid..Kita tidak mahu sempitkan pemikiran kita bahawa masjid hanyalah semata-mata tempat ibadah bahkan kita perlu jadikan masjid yang boleh menarik lebih ramai jemaah untuk mengimarahkannya,,Itulah yang saya ingat selaras dengan visi nasjid ini iaitu Memasyarakatkan masjid, memasjidkan masyarakat". x silap sayalah,,,

Saya amat tertarik dengan pendekatan yang dibuat pihak masjid kerana telah memanfaatkan peluang kehadiran orang ramai ini dengan sedikit Tazkirah yang disampaikan oleh Dato' Tuan Guru Ismail Kamus dan seorang lagi penceramah, Ustaz Harryanto Rizal.. Jadi saya rasa jemaah bukan sahaja dapat menikmati jamuan yang disediakan namun dapat juga bawak balik sedikit ilmu yang disampaikan,,Itulah yang kita mahukan..
 
Dato' Ismail Kamus
  
Ustaz Harryanto Rizal

Selain itu, saya amat terharu dengan semangat yang kental Dato' Tuan Guru Ismail Kamus untuk hadir ke majlis ini walaupun beliau sedang sakit..Bayangkan tadi beliau nak berjalan pun mesti dipapah,muka agak pucat namun semagat ingin berjumpa jemaah amat tinggi tidak mematahkan semangatnya,,Masya Allah , sungguh mulia usahanya,, mudah-mudahan Engkau balaslah kebaikan Ulama ini dengan syurgamu..

Ha'ah,,,nasib baik ingat,,ni kot yang telah memukau jemaah semua kerana kehadiran Johan Akademi Al-Quran 4 Saudara Tirmizi turut hadir dalam majlis ini..Pergh...kelunakan alunan suaranya menyebut kalimah2 suci Al-Quran telah mmenggamit suasana yang tenang,,memang terbaik!!!..

Akhir sekali ,, juadah yang disediakan memang sedap dan lazat dan semesting mencukupi..Alhamdulillah ,,, Sekadar perkongsian.


Friday, September 16, 2011

Baru kusedar

Assalamualaikum..sahabat2...
Rasa-rasa macam lucu (gelak sendirian) ,rupa-rupanya sudah hampir 9 bulan saya tidak berblogging....Hihi...namun dalam masa 9 bulan itu rasanya sekejap dan pelbagai peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Saya tetap bersyukur walaupun kadangkal peristiwa itu kita tidak ingini dan saya amat bersyukur kerana Allah telah memberikan sesuatu yang lebih daripada ku minta,,sesungguhnya Engkau Tuhan yang maha Pemurah lagi maha Pengasihani. Itulah yang kumampu katakan sabagai hambanya yang daif...

Sekarang saya sudah bergelar pelajar pra-universiti,,,boleh kata mahasiswalah,,hihi,,,mahasiswa USIM, Universiti Sains Islam Malaysia..sedang dalam Program Tamhidi, Tamhidi sains dan Teknologi..Kehidupan di sini telah menggamit pelbagai memori duka dan gembira,,,tapi kebanyakannya gembiralah..

Masa mula-mula masuk uliah, saya sudah diminta menjadi Ketua Kuliah 3,,pergh,,, terkejut saya,, Madam Syikinlah yang pilih. Namun, malangnya saya dan beberapa sahabat diminta masuk ke kuliah 2 kerana terdapat kesilapan dalam pembahagian kuliah,, asalnya kami tak puas hati dan sebagai gentlemen kami pergilah jumpa dengan pegawai tamhidi. namun gagal. Tapi kami reda atas ketentuan Allah. Semuanya best kat sini.

Kemudian saya diminta menjadi ketua Tutorial 8 pula, pergh,,,saya malu sebenarnya masa mula-muala masuk,,namun hidup perlu diteruskan,,hahaha...Dari sinilah pelbagai memori indah yang saya tak boleh lupa...kat entri saya tak nak cerita semua,,nak cerita sikit-sikit je.

Mula dengan Iftar Jama'ei Tutorial 8, rasa best betul...semua atas cadangan pihak muslimat, jadi saya pun carilah tempat yang best. akhirnya dapat...semua diminta bayar RM 10 ...hari ini kita akan buka puasa dengan hidangan buffet,,makan sampai lebam,,hahahaha...best kot,,dimulakan dengan sedikit ucapan saya, penolong saya dan sahabat kami yang akan belajar di Mesir,Amal Madihah..semoga anda berjaya di sana.

Kemudian yang ni kot paling best among yang lain, konvoi pi rumah saya di Selayang, sahabat muslimat, Ily Izreen di Wangsa Maju dan rumah saudara Faizuddin Zukri di Bukit Antarabangsa. Walaupun pagi tu hajan, kami tetap pergi dengan 2 motor dan 3 kereta...pergh best...saya naik motor dengan Khairuddin..as leader we must sacrifice ourself for ease others...takpe ar awalaupun hujan, kami x kisah...jadi saya biarkan gambar2 di bawah ni yang bercerita....hihihih,,,baru best...














Saturday, March 12, 2011

Hikmah Di Sebalik Sunnah Makan Secara Sederhana Dibuktikan Sains: Satu Analisa Berkaitan Indeks Glisemik


Sumber gambar: www.freephotos.com
Terdapat faedah kesihatan yang besar jika kita makan menurut kuantiti yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. Pertamanya, harus kita faham Islam tidak membenarkan untuk kita berlebih-lebihan dalam soal makan dan minum. Hal ini jelas tertera dalam firman Allah yang bermaksud:

"...Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan" (Al-Araaf: 31)

Kini mari kita renungi hadith berikut tentang sabda Rasulullah s.a.w berkaitan dengan topik yang akan dibincangkan pada kali ini.

Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

ما ملأ آدميّ وعاء شرّا من بطنه بحسب ابن آدم أكلات يقمن صلبه فأن كان لا محالة فثلث لطعامه وثلث لشرابه وثلث لنفسه

Maksudnya: "Tidak ada kantung yang lebih buruk diisi oleh anak Adam selain perutnya sendiri. Cukuplah baginya beberapa suapan untuk menegakkan tulang punggungnya. Jika terpaksa, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk nafas (udara)." (HR Ahmad, Tirmidzi dan dia mensahihkannya, Ibnu Majah, Al-Hakim dan dia mensahihkannya serta disepakati oleh Adz-Zhahabi)

Jelas daripada dalil-dalil di atas bahawa jumlah makanan yang diperintahkan dalam Islam adalah tidak sampai diisi perut sampai penuh. Saya mendapati konsep diet ini sangat menarik kerana ia mempunyai kaitan dengan indeks glisemik. Apakah itu indeks glisemik dan apa kaitannya dengan kesihatan? Mari kita tinjau bersama-sama.

Memahami Indeks Glisemik (Glycemic Index, GI)

Indeks glisemik (GI) adalah satu ukuran tentang kesan pengambilan karbohidrat ke atas paras glukosa dalam darah. Maknanya, jika sesuatu makanan menyebabkan lebih banyak peningkatan paras glukosa dalam tubuh selepas ia dimakan, maka lagi tinggilah GI makanan tersebut.

Karbohidrat terkandung dalam pelbagai jenis makanan contohnya nasi, roti, kentang dan buah-buahan. Karbohidrat yang diserap akan ditukar menjadi glukosa. Lagi banyak glukosa diserap, lagi tinggilah paras glukosa dalam tubuh (GI lebih tinggi). GI yang tinggi tidak baik kerana ia boleh merangsang kenaikan hormon insulin. Insulin ini berfungsi untuk menggalakkan penyimpanan nutrien, seperti lemak, ke dalam tubuh. Lagi tinggi paras insulin, lagi banyaklah lemak yang boleh disimpan. Selain itu, glukosa yang berlebihan ini juga, jika ia tidak dibakar dalam bentuk tenaga, boleh ditukar sebagai lemak dan disimpan.

Mudah kata dengan lagi tinggi GI, maknanya lagi banyak glukosa diserap, lagi tinggi paras glukosa dalam tubuh, lagi tinggi kenaikan hormon insulin, akhirnya menyebabkan lebih banyak lemak akan disimpan.

Kaitan Antara Tahap Kekenyangan Dan Indeks Glisemik

Sivenpiper et al (1998) telah mengkaji kesan pengambilan kuantiti air terhadap indeks glisemik. Mereka mendapati bahawa jika lebih banyak air yang diminum selepas pengambilan gula (glukosa), paras indeks glisemik (GI) akan menjadi lebih tinggi.

Sebaliknya jika perut masih dibiarkan kosong tanpa diisi banyak air, perut akan dikosongkan dengan lebih perlahan, maka glukosa juga akan diserap dengan lebih perlahan menyebabkan kenaikan paras glukosa dalam tubuh menjadi tidak terlalu mendadak (maknanya, GI yang rendah).

Dalam erti kata lain, jika perut diisi dengan penuh, baik dengan air ataupun makanan, paras GI akan menjadi tinggi kerana perut mengosong dengan lebih cepat, lantas penghantaran gula pun menjadi cepat. Fenomena yang sebaliknya akan berlaku kerana perut yang masih ada ruang kosong menyebabkan pengosongan perut menjadi lebih perlahan dan ini menyebabkan seseorang memperoleh GI yang lebih rendah. Boleh faham?

Jelaslah bahawa tatacara makan Rasulullah ini, iaitu tidak sampai kenyang sepenuhnya, membolehkan seseorang memperoleh GI yang lebih rendah. Ini akan memberi kesan positif kepada tubuh badan dalam pelbagai aspek sepertimana telah disebutkan dalam pelbagai kajian sains.

Kerendahan Indeks Glisemik Membantu Dalam Rawatan Penyakit Metabolik

Banyak telah dikaji tentang indeks glisemik dan kaitannya dalam penyakit-penyakit metabolik. Kita selalu terfikir bahawa sebab utama kegemukan ialah banyak pengambilan lemak. Tetapi, puncanya bukan setakat itu. Makanan yang mengandungi indeks glisemik yang tinggi turut boleh menyumbang kepada kegemukan.

Sepertimana disimpulkan oleh Brand-Miller et al (2002) dalam American Journal of Clinical Nutrition, "Faster digestion and absorption and higher insulin responses after high-GI meals dictate differences in satiety and energy partitioning that, over the long term, favor expansion of fat stores" ("Pencernaan, penyerapan dan respon insulin yang lebih tinggi selepas makanan berindeks glisemik (GI) yang tinggi mengarahkan kepada ketidaksamarataan antara kekenyangan dan pembahagian tenaga dan ini menggalakkan penyimpanan lemak dalam tempoh masa panjang"). Pendek kata, pengambilan makanan dengan GI yang tinggi menyebabkan kenaikan hormon insulin berlebihan, dan ini menggalakkan proses penggemukan.

Kajian oleh Sondike et al (2000) mendapati pengambilan makanan rendah karbohidrat (juga rendah GI) membantu untuk mengurangkan berat badan bagi remaja yang terlebih berat badan. Banyak lagi kajian lain telah menunjukkan keberkesanan makanan rendah GI dalam membantu menurunkan berat badan.

Kalau anda tanya saya antara diet rendah lemak atau rendah GI, yang mana lebih baik untuk menjaga berat? Sebenarnya strategi paling asas ialah mengamalkan sunnah untuk tidak makan sampai kenyang, sebab dengan cara ini anda akan memperoleh diet yang rendah lemak dan rendah GI pada masa yang sama. Pengambilan kalori anda pula akan memadai dan insyaAllah dengan cara ini anda boleh mengawal berat badan.

Diet rendah GI juga membolehkan seseorang pesakit diabetes mengawal paras gulanya dengan lebih efektif. Ini membolehkannya menjalani kehidupan yang lebih sihat dan mengurangkan risiko untuk mendapat pelbagai komplikasi yang berkaitan.

Di Sebalik Perintah Ada Hikmahnya

Saya telah menjelaskan bagaimana makanan dengan kuantiti yang tidak mengenyangkan sepertimana diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w membolehkan seseorang mempunyai GI yang rendah. Dengan GI yang rendah, paras gula dan paras insulin dalam darah adalah stabil dan terkawal. Ini memberikan kesan yang positif kepada kesihatan tubuh, minda dan spiritual.

Setiap ibadah dan perintah itu pasti ada hikmahnya. Ibnu Taimiyyahrahimahullah menyatakan: "Setiap yang Allah perintahkan pasti ada hikmahnya, begitu pula yang Allah larang. Demikianlah yang diyakini oleh mazhab para fuqaha' kaum muslimin, para imam dan kaum muslimin di pelbagai sudut negeri. Ertinya di sini, tidak mungkin ada satu ibadah yang tidak ada hikmah di sebaliknya." (Majmu' al-Fatawa)

Mungkin banyak lagi hikmah tersembunyi yang tidak diketahui di sebalik setiap perintah Allah dan RasulNya. Lihatlah bagaimana hanya setelah ilmu sains berkembang ke tahap ini barulah hikmah di sebalik perintah cara makan sebegini nampak ketara. Diet sunnah ini (tidak sampai kenyang) kini makin diamalkan oleh masyarakat bukan Islam, sedangkan kita umat Islam sudah mengamalkannya sejak dahulu lagi.

Marilah kita sama-sama mengamalkan segala perintah Allah dan RasulNya. Niat kita adalah demi meraih redha Allah, kemudian mudah-mudahan hikmah disebalik segala perintah tersebut akan memberi manfaat kepada kita baik kita sedar mahupun tidak.

Wallahu a'lam.
Related Posts with Thumbnails
FIKRAH MUJADDID