Alhamdulillah.. suka saya untuk
lafazkan kalimah ini setiap tangan mula menekan-nekan abjad di papan kekunci,
fikiran mula mengeloborasi fakta dan hati mula menilai yang mana baik dan
buruk.
Insya Allah apa yang ingin saya
kongsikan hari ini ialah bagaimana kebanyakan dari kita sebenarnya tidak
mengutamakan perkara yang patut diutamakan.
Apabila kita berdiskusi berkenaan keutamaan , maka amat
rapat sekali dengan prinsip fiqh yang mungkin setiap dari kita sedia maklum
iaitu Fiqh Aulawiyat. Saya juga suka meingislamisasikan prinsip ekonomi ini yang memang amat berkait rapat dengan
kaedah fiqh ini iaitu People faces trade-off. Prinsip ini bermaksud seseorang
kadang-kadang dalam kehidupan ini perlu mengorbankan sesuatu untuk mendapat
sesuatu. Tapi apa yang ingin diberitahu, dalam perkara ini kita sebenarnya cuma
mengorbankan bad habit kita untuk mendapat amal yang terbaik.
Contoh
Cuba kita tanya pada seseorang
kenapa dia tidak mahu solat berjemaah. Mungkin pelbagai alasan yang diberikan.
Itu dan ini. Ok fine.
Cuba sekali lagi kita tanya pada
seseorang itu bukankah kita ini disunatkan solat Dhuha kerana Rasulullah amat
menyukai solat tersebut malah kita sudah tahu solat sunat ini memang terdapat
pelbagai kelebihan yang bisa kita dapat. Mungkin sama juga lasan yang
diberikan. Masa tidak cukuplah, ada yang kata “ sunat je pun” dan bermacam-macam
lagi.
Sekali lagi kita cuba tanya
kenapalah selalu sangat menangguh-nangguhkan solat fardu. Pun sama
berbagai-bagai variasi alasan yang diberikan. Waktu panjang lagilah, dan
sebagainya.
Soalan terakhir pernah ke kita tanya pada seseorang itu,
contoh pada pak cik “Pak Cik, kenapa saya tengok pak cik ini seminggu muram je?”
Pak Cik itu jawab “ Pak cik sebenarnya dah seminggu tak buang air.” What????!!! Kenapa pak cik? Pak Cik jawab “
pak cik banyak sangat kerja , x per lah biar pak cik tangguh dulu pergi tandas”……
Agak-agak ada tak manusia yang begini.
Absolutely tiada. Walau sehebat mana pangkat seseorang , sesibuk mana seseorang
, walau sedang meeting, walau sedang on the way nak balik kampong , seseorang
itu mesti tetap mengutamakan ke tandas . So Nampak remeh tapi sebenarnya penting.
Nasihat
Sebenarnya dalam melakukan amal ,
kita boleh mengadaptasi bagaimana pentingnya buang air itu walau apa jua
situasi kita. Ini Cuma analogi, bukanlah saya samakan antara amal ibadah dengan
buang air. Jadi saya nasihatkan diri sendiri dan teman-teman pembaca agara
sentiasa berfikir berkenaan keutamaan dalam kehidupan kita .