Download

PEMBUKA PENA

Cari

IKLAN

KALAM MUJADDID




JOM IKUT DARI FACEBOOK!!!!!!!!

Jom jadi member!!!

Friday, November 16, 2012

Learning by doing



Alhamdulillah sekali lagi saya ingin zahirkan untuk Allah SWT atas nikmat yang Allah langsung tidak pernah lupa beri kepada saya dan semua manusia baik orang itu Islam ataupun tidak. Rahmat Allah yang membezakan antara kedua-duanya.

Orang kata kalau nak berkat ilmu itu kita mestilah berkongsi@share dengan teman-teman kita. Jadi saya rasa amat perlu saya share dengan semua. Sharing is caring right??.. hehehe.. sebelum itu saya ingin ucapkan terima kasih kepada Dr Madani yang telah berkongsi ini kepada kami. Jadi ilmu ini saya sandarkan kepada beliau seterusnya hakikat ilmu itu dari Allah melalui insane yang paling kita cintai Muhammad SAW.

Apa learning by doing itu?.Saya amat yakin dan pasti setiap dari kita mesti pernah mendapat sesuatu pekerjaan @ task yang langsung kita tidak pernah buat. Pening kita dibuai task itu. Mungkin semalaman tidak keruan mahu tidur dan makan. Kita juga kadangkala rasa sampai nak putus asa “ eh,, aku rasa tak boleh buatlah” mungkin ada versi begini “Aku mana pernah buat ni, so macam mana nak buat?”… kalau ingin dinyatakan semuanya, macam-macam versi yang dapat kita lihat alasan-alasan yang cuba kita benarkan bagi mengelakkan daripada melakukan perkara itu.

Practice makes Progress not Practice makes Perfect. Itulah ungkapan yang patut kita pegang selama mana kita hidup di dunia. Kita ini memang tidak sesekali akan ‘perfect’. Jadi, biarlah seburuk mana pun cara kita buat perkara itu at least we do by ourself. Not dependent to others. Bukanlah saya kata tidak perlu bergantung pada orang lain tapi kita perlu buat yang terbaik dahulu, fikir dahulu, perah keringat kita dahulu sebelum kita ‘perah’ orang lain.

Contoh kita belajar matematik@ algebra, memang tidak nafikan belum kita cuba buat sesuatu latihan itu lagi selepas kita belajar, kita terus rujuk jawapan yang disediakan. Memang betul juga kata pensyarah saya “ don’t be lazy to use your brain’. Kita ini memang malas nak perah otak yang mempunyai akal yang sungguh istimewa Allah beri kepada kita namun kita seolah-olah menafikan keistimewaanya. We just DO THE BEST NOT try the best.

Konklusi yang boleh saya simpulkan di sini untuk tatapan dan muhasabah buat diri ini dan rakan-rakan semua ialah buat sahaja apa yang kita nak buat selagi mana tidak langgar sunnah Allah dan syariat Allah. Don’t let people influece you but you must influence people. Jangan kisah langsung apa orang ingin katakan. Ingat! Kita pasti dapat belajar dari apa yang kita buat walaupun sedikit itulah yang dinamai “learning by doing”

Monday, November 12, 2012

Dia Telah Membuka Lebih Luas Lagi Mindaku


Alhamdulillah bersyukur kerana Allah SWT kerana dapat sekali lagi saya dan kali bersua dalam pena maya saya untuk kali ini. Saya rasa cukup-cukup bertuah kerana suatu Talk khas yang diajak oleh naqib saya betul-betul telah buat saya berfikir dan ingin bertindak dengan segala peluang dan ruang yang saya ada untuk lebih terkehadapan.

Terkehadapan dalam segala bentuk. “we must be the best among the best”. Kata-kata yang cukup simple saya kira namun telah menganjakkan saya dalam paradigma yang cukup besar dalam diri.
Jadi, di sini saya ingin kongsikan sedikit yang saya dapat dari Talk khas tersebut.

Kita adalah Duta Islam. Itulah yang saya dapat konklusikan. Apapun yang kita buat walau di mana sahaja kita berada kita mesti buat sebaik mungkin untuk menunjukkan bahawa kita adalah yang terbaik di antara rakan, kenalan dan masyarakat kita. Bukan bermaksud ingin sombong ataupun takbur namun justifikasi perkara ini  adalah apabila kita fikir kita yang terbaik antara yang terbaik, kita mestilah mempunyai ‘ best performance’ yakni akhlak yang terbaik, bicara yang terbaik dan sopan, kepimpinan yang unggul dan termasuk juga dengan bagaimana kita berketerampilan- must always polite, clean & smart.

Kadang-kadang kita ini termasuk diri ini ingin menjadi pendokong Islam, pemimpin rakan, kenalan dan masyarakat, namun perbuatan, percakapan, tingkah laku kita langsung tidak membenarkan apa yang diniatkan. Kadang-kadang dengan suka mengutuk orangnya, mencarut, keterampilannya pula  agak selekeh atau Nampak kurang kemas, pengurusan masanya yang tidak praktikal selalu lambat dan tidak punctual. Itulah kita …..Namun tidak mengapa semuanya boleh berubah atas kehendak kita sendiri.

Mungkin ada yang ingin katakan “payahlah, nanti orang cakap apa pula”. Bagi saya, just do it, whatever people talk about us, we still can’t stop it. Mulut orang takkan bisa kita tutupi yang bisa kita tutupi adalah emosi ingin bersifat “reactive”. Kita sebagai Muslim Umat Pemimpin Paling Berkaliber di dunia MUHAMMAD SAW mesti bersifat proaktif dalam apa jua situasi bukan bersifat reaktif-cepah melatah n menyerang kembali.


Jadi Just do it. We must remember that learning is by doing. Kita akan dapat pengalaman dan ilmu yang kira cukup untuk mendewasakan pemikiran dan fikrah kita ke arah yang lebih dinamik, progresif dan fleksibel selari dengan syariat Allah. “No need to be someone but be THE ONE” yang Islam mampu bangga dengan wujudnya kita sebagai penyokong dan pendokong Islam.

Friday, November 9, 2012

Rilex lah Bro n Sis



Assalamualaikum sahabat2 pembaca yang sentiasa saya doakan.
Mudah-mudahan sentiasa dilimpahi rahmat-Nya Insya Allah

Kesian blog ni kena tinggal agak lama oleh tuannya. Minta maaf. Masa itu kadang betul cemburu, nak tulis entri pun agak payah.. Insya Allah lepas ni saya akan menulis secara berkala dan berterusan..

Insya Allah hari ini saya nak berkongsi sedikit perkongsian yang mudah-mudahan dapat menjadi buah fikiran dan panduan dalam hidup. Saya dapat sedikit ilmu ini pun hasil perkongsian “brain-storming” dalam usrah di samping baca buku-buku lain.

Ketenangan

Itulah tajuk yang ingin saya kongsikan. Pernah tidak kita rasa amat rasa gelisah sangat???? Rasa macam tidak tentu arah?? Atau kadang-kadang rasa amat kosong sekali hati ini?? Buat perkara lain semuanya rasa macam ada yang tidak kena… Itulah namanya sifat semula jadi manusia.. yang kadang-kadang rasa RESAH GELISAH

Satu persoalan kenapa Allah ciptakan perasaan resah gelisah kepada hamba-hambanya? Kenapa Allah tidak hanya mencipta perasaan tenang sahaja tanpa resah gelisah di lubuk hati hambanya..??
Ada sebahagian manusia menganggap kaya itu boleh beri ketenangan, senang lenang itu boleh beri ketenangan, ada juga menganggap kahwin itu boleh beri ketenangan dan laian-lain.
Namun hakikatnya ketenangan itu adalah hak milik mutlak Allah. Allah lah yang bisa menghadiahkan ketenangan kepada hambanya yang Dia kehendaki. Tiada siapa boleh halang.

Kadang-kadang orang miskin itu lebih tenang daripada orang kaya, mungkin orang yang tidur di gelandangan itu lebih nyenyak tidurnya dri kita. Itulah hakikatnya, Allah jualah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.

Itulah sebabnya Allah ciptakan resah itu supaya manusia kembali kepada fitrah yang sememangnya tenang dan fitrah itu adalah mendekatkan diri kita ini kepada Sang Pencipta Agung iaitu Allah SWT. Justeru, marilah kita sama-sama mencari “ketenangan” itu…..

“Iaitu Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Maka ketahuilah dengan ‘zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Surah Ar-Ra’du ayat 28 m/s 252

Friday, October 5, 2012

Kita yang tidak utamakan!!!


Alhamdulillah.. suka saya untuk lafazkan kalimah ini setiap tangan mula menekan-nekan abjad di papan kekunci, fikiran mula mengeloborasi fakta dan hati mula menilai yang mana baik dan buruk.

Insya Allah apa yang ingin saya kongsikan hari ini ialah bagaimana kebanyakan dari kita sebenarnya tidak mengutamakan perkara yang patut diutamakan.

Apabila kita  berdiskusi berkenaan keutamaan , maka amat rapat sekali dengan prinsip fiqh yang mungkin setiap dari kita sedia maklum iaitu Fiqh Aulawiyat. Saya juga suka meingislamisasikan prinsip ekonomi  ini yang memang amat berkait rapat dengan kaedah fiqh ini iaitu People faces trade-off. Prinsip ini bermaksud seseorang kadang-kadang dalam kehidupan ini perlu mengorbankan sesuatu untuk mendapat sesuatu. Tapi apa yang ingin diberitahu, dalam perkara ini kita sebenarnya cuma mengorbankan bad habit kita untuk mendapat amal yang terbaik.

Contoh

Cuba kita tanya pada seseorang kenapa dia tidak mahu solat berjemaah. Mungkin pelbagai alasan yang diberikan. Itu dan ini. Ok fine.

Cuba sekali lagi kita tanya pada seseorang itu bukankah kita ini disunatkan solat Dhuha kerana Rasulullah amat menyukai solat tersebut malah kita sudah tahu solat sunat ini memang terdapat pelbagai kelebihan yang bisa kita dapat. Mungkin sama juga lasan yang diberikan. Masa tidak cukuplah, ada yang kata “ sunat je pun” dan bermacam-macam lagi.

Sekali lagi kita cuba tanya kenapalah selalu sangat menangguh-nangguhkan solat fardu. Pun sama berbagai-bagai variasi alasan yang diberikan. Waktu panjang lagilah, dan sebagainya.
Soalan terakhir pernah ke kita tanya pada seseorang itu, contoh pada pak cik “Pak Cik, kenapa saya tengok pak cik ini seminggu muram je?” Pak Cik itu jawab “ Pak cik sebenarnya dah seminggu tak buang air.”  What????!!! Kenapa pak cik? Pak Cik jawab “ pak cik banyak sangat kerja , x per lah biar pak cik tangguh dulu pergi tandas”……

Agak-agak ada tak manusia yang begini. Absolutely tiada. Walau sehebat mana pangkat seseorang , sesibuk mana seseorang , walau sedang meeting, walau sedang on the way nak balik kampong , seseorang itu mesti tetap mengutamakan ke tandas . So Nampak remeh tapi sebenarnya penting.

Nasihat

Sebenarnya dalam melakukan amal , kita boleh mengadaptasi bagaimana pentingnya buang air itu walau apa jua situasi kita. Ini Cuma analogi, bukanlah saya samakan antara amal ibadah dengan buang air. Jadi saya nasihatkan diri sendiri dan teman-teman pembaca agara sentiasa berfikir berkenaan keutamaan dalam kehidupan kita .

Saturday, September 22, 2012

Fikiranku Lapang Dek 2 Perkara Hari Ini


Alhamdulillah, itulah lafaz yang disebut-sebut bagi memuji Tuhan sekalian alam. Di pagi yang hening, ku mengintai jendela kamarku. Wah, sungguh indahnya alam ini!.. pohon-pohon melestarikan landskap Kolej Kediaman 1 USIM, kicauan burung memecah sepi fajar mentari, kelihatan beberapa mahasiswa siap berpakaian sukan untuk menuntut kesihatan jasmani dengan berjoging.

Syukur kulafazkan kerana Allah telah memakbulkan doaku dan mempermudahkan segala urusanku, terbuka segala simpulan kesulitan, lapang segala fikiran dan dihindarkan segala perkara buruk.
Akhirnya, Isnin malam telah dilapangkan Allah untukku menuntut ilmu Fardhu Kifayah di Bangi. Pertemuan secara tidak sengaja di surau bersama ustaz akhirnya telah membuka simpulan masalahku yang bersarang di fikiran saban hari. Perbincangan semula dengan ustaz telah menatijahkan 1 resolusi baharu berkenaan jadual kelas arabku..

Terima kasih ustaz kerana menerima keputusan ini.Terima kasih sahabat-sahabat se’tutorku’ kerana memahami situasiku. Selasa 6.15-7.15, Rabu 9pm-10pm dan Khamis 9 pm -10 pm. Insya Allah akan kumanfaatkan peluang dan ruang ini untukku lebih ikhlas dalam menuntut kedua-dua ilmu ini. Namun dari semasa ke semasa ,akan kucuba ‘adjust’ semula waktu jadual ini agar lebih efektif.

Hoki
            Inilah perkara kedua yang telah melapang fikiranku. Alhamdulillah, kami pasukan Hoki USIM baru sahaja pulang dari Kejohanan Hoki Dewan MASUM bertempat di UPSI . Perkara pertama yang kusyukuri ialah USIM berani menghantar pasukan hoki ini.Inilah the first tournament we join, MASUM.  

Ya, memang betul, pasukan hoki USIM baru wujud dan dalam proses “R&D” untuk penambahbaikan dar masa ke masa. Apa yang aku harapkan dari semua Warga USIM agar mendoakan pasukan kami sentiasa agar cemerlang dan gah suatu hari nanti.  Walaupun kalah, namu kami berpuas hati kerana kami mampu memberikan saingan kepada lawan kami di sana. USM, UPNM dan UPM itulah lawan kami ketika itu dan memang dikenali pasukan ini memang gah dengan hoki dan tidak mustahil dalam setahun dua ini USIM pasti setaraf dengan mereka Insya Allah.

Kuberharap tiadalah suara-suara sumbang yang melontarkan kata-kata peruntuh semangat tidak kira kepada mana pasukan, kumpulan,kontigen yang mewakili USIM untuk mana pertandingan kerana orang yang berkata itu lagi tidak sedar akan ketidaksumbangan mereka itu dalam menaikkkan nama USIM.

USIM “ Simply Inspiring

Wednesday, September 19, 2012

Saya tak mahu guna principle :people Face Trade-off”


Minggu lepas membuatkan diriku terkesima lantaran hentakan jadual kuliah dan tutor yang saya kira boleh mengubah matlamatku yang kedua terbesar dalam hidupku. Bukan apa bukan saya tidak mahu hadir kelas tutor itu, lagi-lagi kelas itu adalah kelas Arab yang merupakan subjek yang amat saya suka dan subjek yang saya pertahankan agar sentiasa berada dalam hidupku . kalau tidak mana mungkin saya memilih USIM sebagai medium halatujuku untuk mencapai cita-cita dan matlamat hidup.

Bermula minggu pertama lagi, saya terus merujuk kepada Bahagian Pusat Pengajian Teras untuk mengetahui maklumat tentang pensyarah yang bakal mengajar saya, namun usaha itu tidak membantu sangat.Hanya sekadar diberitahu minggu pertama tiada kelas bahasa Arab.

Masuk minggu kedua, saya mengharapkan kedua-dua pensyarah bahasa Arab masuk ke kelas. Bahasa Arab ada dua kelas yang berbeza pensyarah .Namun hanya seorang sahaja yang masuk. Alhamdulillah, setelah berbincang dengan ustaz tersebut , keputusan yang boleh dibuat hanyalah bergantung jika kelas bahasa Arab satu lagi boleh diubah waktunya.

Ya Allah .. bantulah hambamu ini Ya Allah…Hambamu ini bukanlah tidak mahu masuk ke kelas Arab itu. Tapi mungkin lebih baik hamba-Mu ini dapat belajar kedua-duanya. Kelas Isnin malam yang merupakan satu tuntutan Fardu Kifayah  dan saya rasa 1 keperluan yang penting untuk saya pelajari dan amalkan. Ilmu ini mungkin tidak dapat di mana-mana universiti. Kumengharap Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din sentiasa dapatku dengari pengajiannya setiap Isnin malam… Ya Allah bantulah……..

Hari ini akan kucuba sekali lagi untuk mengubahnya.. saya tidak mahu guna prinsip ekonomi ini dalam menyelesaikan cabaran ini.. I don’t want to use this principle “ People face trade-Off”


Saturday, September 15, 2012

Kuharap ini bukan air mata Munafiq



Alhamdulillah,, bersyukur sekali lagi saya ucapkan kepada Allah kerana sekali lagi dapat bersua kembali dalam kalam maya ini… sudah berapa lama rasanya ea ‘tinggalkan’ blog ni?? Persoalan yang hanya bias dijawab oleh pemiliknya

Ya !!! Saya memang suka menulis
Memang betul saya memang suka menulis. Amat suka sangat menulis !!!. Mungkin betul apa yang orang cakap, kita ini kalau nak tulis semua yang terjadi dalam kehidupan kita memang takkan tertulis…huuhhh, itu yang saya fikir2kan selalu,, jadi apa yang saya harapkan segala apa yang saya coretkan di sini bukanlah bermakna saya seorang baik,  bukan juga saya seorang sempurna dan bukan juga seorang yang ‘bajet’ tapi sekadar untuk perkongsian untuk semua yang ‘sudi’ membacanya.. saya akan sedaya upaya untuk jujur pada diri sendiri dalam berkongsi  perkara yang saya alami untuk dijadikan pengajaran dan teladan.
Penghinaan terhadap KekasihMu Ya Allah

Saya hanya mendapat tahu berita penghinaan terhadap Rasulullah SAW  pada hari jumaat selepas beberapa hari video pendek penghinaan itu mendapat liputan luas media.  Itu pun disebabkan saya balik rumah setelah 2 minggu diri rasa tak cukup sempurna kerana tidak bawa laptop ke USIM setelah mendaftar sebagai mahasiswa tahun pertama. Pagi jumaat itu baru saya mendapat maklumat yang agak lengkap mengenai berita ini.


“Innocence of Muslims” itulah tajuk video penghinaan terhapa junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW. Filem pendek ini dibuat oleh seorang kuffar laknatullah yang bernama Sam Bacile dengan paparan Islam sebagai agama kebencian dikhabarkan telah mendapat suntikan dana sebanyak $5 juta daripada 100 penderma Yahudi. Filem 14 minit itu juga telah memaparkan satu adegan penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat serta menghina kalamullah (Al-Quran) yang merupakan sumber rujukan utama umat Islam.

Demonstrasi Bantahan
Ya, seusai saya menunaikan solat jumaat di Masjid Al-Amaniah,, tatkala itu tiba-tiba hati ini sangat hiba mendengar selingan takbir yang dilaungkan di luar masjid.  Demonstrasi bantahan sedang dimulakan.  Namun hati ini amat hiba dan tersentuh . air mata mula bergelingan di kelopak-kelopak mata. Ya Allah.. demi allah saya amt terasa sedih dengan penghinanaan terhadap insan yang paling saya cintai ini.

Lantas saya mengambil keputusan menunaikan solat hajat sendirian sebelum menyertai demonstrasi itu. Usai tu saya terus menyertai bagi menzahirkan bantahan moral kepada mereka yang melakukan penghinaan ini..
Seorang demi seorang wakil berucap di atas kereta 4 WD mengenai berita penghinaan itu. Sekali lagi mataku tak dapat tahan air mata yang ingin mengalir….. labbaika Ya Rasulullah SAW…. Aku Cinta Engkau Ya Rasulullah.

Apa yang kuharapkan agar air mata ini bukanlah air mata seorang Munafiq ……………………………………..wassalam

Friday, April 13, 2012

Kutitipkan Secebis Warkah Mahabbah untukmu, Tutor 8


Assalamualaikum kawan2 yang amat2 saya kasihi lagi kasihi, mudah-mudahan kalian sentiasa berada dalam peliharaan dan penjagaan Yang Maha Mulia.



Alhamdulillah, saya hari ini amat bersyukur sekali kerana masih diberi peluang dan ruang untuk saya kongsikan sekelumit titipan untuk sahabat-sahabat yang saya kasihi TTS 08 terutamanya. Alhamdulillah, ukhuwah antara kita saban hari semakin kuat berpasakkan mahabbah yang tidak lari dari simpulan Iman yang utuh.
Terima Kasih
Saya hari ini ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian semua atas semua yang telah kalia berikan kepada saya di saat bermulanya hari-hari inda di Tamhidi. Jutaan terima kasih atas kerjasama kalian yang telah diberikan.  Sebenarnya saya pun tidak tahu kenapa diri yang hina ini diberi jawatan untuk memimpin kalian semua, TTS 8.  Namun diri ini amat tidak merungut atas tanggungjawab yang ditakhlifkan Allah kepada saya untuk memimpin kalian sepanjang tamhidi.  Saya bersyukur kepada Allah SWT atas pilihanNYA memilih saya.

Mungkin kalian tidak berapa selesa apabila saya datang untuk mengutip duit sepertimana yang turut Hajar Hadis, penolong saya alami, namun saya rasa cukup bertuah kerana kalian masih lagi memberikan sepenuh kerjasama yang dipohon.

Saya juga hari ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada SITI HAJAR BINTI HADAS @HADIS sebagai penolong saya kerana bagi saya beliau telah berjaya mengendalikan segala urusan berkaitan dengan muslimat TTS 8, berjaya mengutip duit tepat pada masanya dan kerjasama dalam perbincangan yang berkaitan dengan Tutor 8.

Saat ini saya berasa amat terharu sekali bercampur baur dengan sedih yang tidak mungkin boleh ditahan.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas nasihat yang selalu diberikan  MUHAMMAD AFIQ FARHAN BIN MAZLAN kepada saya . Saya amat bersyukur di saat ini masih ada lagi ingin memberikan nasihat kepada saya. Insya Allah akan kuingati setiap patah nasihat yang diberikan.

Saat Indah Bersama

Alhamdulillah banyak saat indah yang kita cambahkan sepanjang tamhidi. Mungkin tidak silap saya bermula dengan Iftar Jamaie di restoran berdekatan Bandar Baru Nilai.

Kemudian kita caknakan satu lagi pengalaman yang tidak mungkin luput dalam fikiran kita saban hari iaitu Konvoi Raya TTS 8 yang bagi saya cukup indah. Hanya bermula dengan sebuah perancangan dan Alhamdulillah bisa dilaksanakan dengan izin Allah. Macam tidak sangka, saya merancang untuk bawa anak dara orang keluar ke Kuala Lumpur selain bawa bujang2 yang merupakan perkara biasa.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Di saat pagi itu yang dihiasi dengan hujan klebat, namun itu tidak menjadi batu penghalang uktuk meneruskan konvoi kita. Konvoi yang dilengkapi dengan 3 kereta dan 2 motor akhirnya selamat sampai di rumah pertama persinggahan iaitu rumah saya. Alhamdulillah, harapnya semua oaus hati makan pagi itu. Mungkin ada yang sungguh takjub dapat lihat Batu Caves secara live.HAHA.. kemudian diteruskan ke rumah ILY IZREEN BINTI MOHAMED ZAABAH. Hanya berdekatan dengan Wangsa Walk, Wangsa Maju. Sebenarnya tidak plan pun nak pergi rumah Ily tapi sudah dijemput 3 hari sebelum konvoi, nampaknya mestilah dipenuhi hajatnya. Hihi..

Kemudian timbulnya insiden yang best bagi saya, di saat ingin pulang Nilai sambil diiringi dengan hujan yang agak lebat, tiba-tiba 1 kenderaan konvoi kami Mitsubishi Triton tersesat. Masuk highway DUKE lah pulak.hahaha. mungkin agak lawak kot tetapi Alhamdulillah berjaya saya jejaki. Macam treasure hunt lah pulak konvoi ni..haha..
Kemudian tidak lupa juga kita menziarahi rumah Ustazah Sulhah dan Madam Syikin untuk maraikan kelahiran anak baru mereka . Kita pergi pada waktu malam.

Travelog Mahabbah KTS II 2011/2012

Saya nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Kuliah saya MUHAMMAD SAFUAN BIN MOHD FADZIL kerana telah banyak membantu guru-guru tamhidi dan juga merangkap Timbalan Pengarah 1

Saya pun tidak tahu kenapa saya perlu buat program ini.. tetapi apa yang saya harapkan mudah-mudahan niat saya tidak lari hanyalah kerana Allah dalam menjayakan program ini. Di saat kesukaran memohon kelulusan daripada pengarah, akhirnya berjaya juga setelah 2 kertas kerja telah ditolak. Alhamdulillah yang kertas kerja 3 ni telah diluluskan. Sebenarnya saya pun tidak sangka betulke ni nak buat program ini, ramai tu pelajar KTS 2 ..Haha.

Terma kasih kepada Ustaz Nasir dan Miss Faeza yang banyak membantu saya.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana Travelog Mahabbah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang kesulitan pada hari kejadian, semuanya berjalan dengan lancar. Semuannya pulang dengan girang Insya Allah.

Saya harap semuanya puas hati dengan travelog@rehlah kita bersama ke Planetarium dan Bagan Lalang dan minta maaf sebarang kekurangan kerani ini jelah yang mampu saya lakukan

Alhamdulillah .kebanyakan AJK rehlah dari Tutor kita . Komitmen dan kerjasama tidak akan saya lupa
Terima Kasih kepada NURUL ZAYANI BINTI MOHD YAAKUB yang banyak tolong saya sebagai Timb. Setiausaha dalam menjayakan program ini.  Begitu juga kepada AHMAD FAIZUDDIN BIN AHMAD ZUKRI., Setiausaha.

Begitu juga kepada AJK Makanan kita ILY IZREEN ZAABAH dan ‘ ABIDAH NASIR yang telah bertungkus lumus menyediakan segala kelengkapan dan persiapan untuk bahgian makanan. Bagi saya mereka berdua ini terlalu komitmen dengan kerja mereka..Ily siap bawa lagi barang dari rumah. Pergh… Tahniah 3x.. terima kasih

Kemudian Shakir sebagai AJK Cenderahati dan Kebersihan. Terima kasih atas sponsor yang diberikan dan komitmen yang jitu dalam menjayakan rehlah kita. Begitu sekali lagi Safuan dan Khairuddin yang turut membantu dan kepada semua ahli Tutor 8 terutamanya yang telah memberikan kejasama dan komitmen yang begitu jitu kepada saya dalam menjayakan rehlah KTS kita.. Alhamdulillah ..

Nasihatku
Jadilah orang senantiasa bermanfaat kepada orang lain. Saya masih berpegang nasihat ayahku iaitu kalau kita tidak memudahkan orang lain jangan sesekali kita menyusahkan orang lain di samping Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud " sebaik-baik kamu adalah orang yang bermanfaat kepada orang lain". 
satu lagi nanti apabila sudah masuk degree, tegur-tegurlah saya bila terserempak. Mudah-mudahan ukhuwah kita sentiasa berkekalan.

"KENANG DAKU DALAM DOAMU "

Life is not duration but CONTRIBUTION

"Seseorang yang punyai harga diri yang tinggi tidak perlu meminta dihargai, namun seseorang yang tidak punyai harga diri sibuk-sibuk meminta dihargai"

THANK YOU TTS 8
YOU ARE THE BEST!!!
FORGIVE ME….

Alangkah indahnya ukhwah bersimpul Iman ,
Alangkah mulianya Iman bersulam Taqwa, 
Alangkah manisnya Taqwa dicakna Ikhlas.. 

Konflik berjaya ditepis, 
kekhilafan berjaya ditapis,
 mahabbah tidak dpandang sinis, 
Sememangnya ukhuwah itu manis.

Semalam 31 hb Mac 2012
Telah menjadi satu nostalgia yang tidak akan mati ,
Yang akan sentiasa terpahat di dalam hatiku juga fikiranku saban hari,
Di saat diriku bersama sahabat-sahabat yang ku hormati lagi kusayangi,
Menyelusuri terowong masa disulami ukhuwah sejati,
menempuhi saat indah di saat bercambahnya persaudaraan Islami,
yang telah bersamaku menyumbang bakti,
Semuanya hanyalah kita sandarkan hanya untuk Ilahi,
Mudah-mudahan ukhuwah kita kekal abadi.

Jazakumullahu Khoiron kasiron kepada ikhwani dan akhowati,
Kerjasama dan komitmen anda tidak akan kulupai.

"Travelog Mahabbah KTS 2 2011/2012 "
Terbaik!!!


p/s video bakal menyusul.
Related Posts with Thumbnails
FIKRAH MUJADDID