Download

PEMBUKA PENA

Cari

IKLAN

KALAM MUJADDID




JOM IKUT DARI FACEBOOK!!!!!!!!

Jom jadi member!!!

Friday, January 28, 2011

REVOLUSI ISLAM DI MESIR?????







26 Januari 2011

Dilaporkan di Cairo, Mesir ketika ini sedang kecoh di mana underground network ditambah dengan social media seperti Twitter mahupun Facebook sedang merangka pemberontakan di sana. Anak Hosni Mubarak yang dikatakan bakal menjadi Presiden Mesir, dikhabarkan telah lari ke kota London. Entah apa yang yang ditakutkan sangat, tak tahulah. Adakah beliau ada buat silap kepada rakyat Mesir ? Hosni Mubarak sudah terlalu lama memegang tampuk pemerintahan di Mesir. Dan dikhabarkan selepas rejim Ben Ali “runtuh” baru-baru ini, kerajaan seterusnya yang dijangka tumbang adalah rejim Hosni Mubarak, akibat daripada kebangkitan dan kesedaran rakyat di sana.



Walaubagaimanapun, kami fikir tak semudah itu untuk menjatuhkan kerajaan Hosni Mubarak, sebab beliau pun boleh tahan kejamnya. Kalau setakat pelajar Mesir yang pernah dimasukkan ke penjara bawah tanah , sudah menjadi perkara biasa, apatah lagi rakyat Mesir yang dilaporkan hilang tanpa berita. Tambahan pula, Mesir terang-terang berkerjasama dengan Amerika untuk hancurkan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Pastinya Israel juga takkkan semudah itu membiarkan sekutu rapatnya tumbang begitu sahaja.
Walaubagaimanapun sejarah sudah membuktikan yang mana pemerintah yang zalim dan diktator cara mana sekalipun, kuasa rakyat yang bersatu tetap mampu menumbangkannya. Contohnya, Marcos, Suharto dan Shah Iran.



Kami quotekan semula faktor-faktor yang menyebabkan rejim Ben Ali tumbang baru-baru ini :

Egypt protesters prepare to return to streets

Opponents of Hosni Mubarak regime gather in Cairo prior to resumption of demonstrations, communications suggest
    Egyptian demonstrators mass in central Cairo
    Egyptian demonstrators mass in central Cairo, with reports suggesting many are preparing to return to the streets today. Photograph: Mohammed Abed/AFP/Getty Images
    Egyptian protesters demanding an end to the 30-year reign of the president, Hosni Mubarak, were today preparing to take to the streets again and resume their demonstrations. Calm returned to the streets of Cairo after violent clashes in Tahrir Square that lasted into the early hours of the morning.


    But communications on Twitter – which people continue to use despite the Egyptian authorities blocking the official website – suggested opponents of the Mubarak regime were gathering prior to a return to the square, in the centre of the city. However, it was unclear how many people were planning to join the protests after the unprecedented scenes yesterday. Last night, the US urged the Egyptian authorities to show restraint, asking them "to respond to any protests peacefully"."The Egyptian government has an important opportunity to be responsive to the aspirations of the Egyptian people, and pursue political, economic and social reforms that can improve their lives and help Egypt prosper," the White House press secretary, Robert Gibbs, said. Egyptian security forces said protesters would not be permitted to reassemble, raising the prospect of further clashes. Four people died, including Ahmed Aziz, a police officer, who was hit on the head by stones, according to reports based on information from security and medical sources. Two protesters were killed in Suez, east of Cairo, as other demonstrations took place around the country. Protesters waved Egyptian and Tunisian flags, hauled down a billboard for the ruling NDP party and chanted: "Depart, Mubarak." The 82-year-old leader faces elections later this year. "This is the first day of the Egyptian revolution," Karim Rizk, who was at one of the Cairo rallies yesterday, said. Protests against decades of poverty, oppression and police torture had been declared illegal by the authorities and were met with a fierce response. Teargas and water cannons were fired into the crowd, and rocks thrown by demonstrators and security forces. "We have taken back our streets today from the regime, and they won't recover from the blow," Rizk said. Protests also broke out in the Mediterranean port city of Alexandria, where posters of Mubarak and his son, Gamal, were destroyed. Roads were also blocked in the Sinai peninsula, and large rallies were reported across the Nile delta and the Suez canal region. The protests were called by a coalition of online activists, who promised that 25 January would be a "day of revolt". Apparently taken by surprise at the size of the crowds, police initially stood back and allowed demonstrators to occupy public squares and march through the streets – unprecedented in a country where political gatherings are outlawed and demonstrations normally shut down quickly. But as the marches grew, the government moved to isolate them.




    Access to the internet, phone and social media networks was blocked, spreading confusion among protesters and temporarily sealing the largest Arab country off from the rest of the world. Access was later restored, although services remained intermittent.
    As night fell, thousands of demonstrators stood their ground for what they vowed would be an all-night sit-in in Tahrir Square, metres from parliament and other government buildings. Security forces moved in, arresting people, chasing others into side streets and filling the square with clouds of teargas. Protesters collapsed on the ground with breathing problems. The sound of what appeared to be automatic weapons could be heard as riot police and plainclothes officers chased several hundred protesters who scrambled on to the main road along the Nile in central Cairo. Some 20 officers were seen beating one protester with truncheons. "It got broken up ugly with everything, shooting, water cannon and [police] running with the sticks," Gigi Ibrahim, who was among the last protesters to leave the square, said. "It was a field of teargas. The square emptied out so fast."Ibrahim said she was hit in the back with something that felt like a rock. "Some people were hit in their faces," she said. Some protesters turned violent amid the crackdown, knocking down an empty white police booth and dragging it for several yards before setting it on fire while chanting that they wanted to oust the regime. A police truck was overturned and set ablaze. Protesters also set fire to a barricade and blocked traffic on a major bridge over the Nile. Police at the bridge fired teargas and protesters mounted a charge, forcing officers to retreat, although they quickly regrouped. Two protesters suffered head injuries and were taken away in ambulances. Ehsan : TheGuardian Mohon Share SemaksimaCredit
    yang-merusuh.html

Thursday, January 27, 2011

HARUN DIN "JINAKKAN" HATI MUBALIGH ANGKUH

Ehsan : Mastika
Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat. Lelaki itu menghidupkan TV 29 inci yang baru dibelinya tidak sampai dua bulan dengan remote yang berada di tangannya. Ditukarnya satu per satu siaran televisyen, TV3, TV2, semuanya sama. Tidak ada apa yang menarik. Bosan!. Dia menukar pula kepada siaran TV1 . Kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung.Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato’ Dr. Haron Din.Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik. Sedang asyik mengikuti perbincang?an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: “Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran.” Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam? Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.
Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu akhirnya bertekad untuk ber?jumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV. Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya.Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali. Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas. Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu. Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut. Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun. Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya. Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah. Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu. Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak. Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi ‘masalahnya’ semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama- kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur. Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam. Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan? Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu. Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; ” Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut. ” Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain? “Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?” Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam. Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam. Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya. Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: “Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir.” “Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam,” jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas. Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam. “Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dan berbalah dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau,” jelasnya. Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya. “Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab?kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab. “Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu,” tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali. “Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din,” kata Fitri lagi. Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya. Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. “Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.
“Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini. “Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini,” ujarnya bersungguh?sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu. catitan : Benarlah bahawa Hidayah Allah hanya untuk hamba yang dikehendaki-NYA sahaja. Selagi hayat dikandung badan, kita mesti hapuskan gerakan mengkristiankan umat Islam di Malaysia. Semakin lambat kita bertindak, ditakuti bilangan orang murtad ini akan bertambah. Bertindaklah, walau dengan apa jua sekalipun, paling tidak kita doakan kesejahteraan dan keselamatan umat Islam dari fitnah Kristian ini selepas solat fardhu. Apa yang paling saya kesalkan bahawa isu ini dipandang sepi oleh sesetengah pihak dan kita tidak boleh lagi menuding jari serta mengharapkan kepada kerajaan, JAKIM Jabatan Agama Negeri dan sebagainya, Syiar Islam itu diamanahkan kepada setiap individu Islam dan bukannya kepada kerajaan atau mana-mana pertubuhan sekalipun.
Ustaz Harun Din adalah ulama yang amat disegani dan saya sungguh sedih melihat ulama seperti beliau seolah-olah tiada tempat dalam masyarakat kita.Sungguh sukar untuk kita lihat wajah beliau di kaca televisyen sedangkan ilmu yang beliau miliki amat penting untuk kita sama-sama kongsi,pelajari dan amalkan. Rancangan Forum Perdana kini gagal menarik minat penonton Islam termasuk bukan Islam kerana kita kehilanagan ulama-ulama seperti Ishak Baharom, Badrul Amin, Harun Din, dan ramai lagi. Kenapa mereka ini di gam? Disekat terus menerus? Mengapa?
Related Posts with Thumbnails
FIKRAH MUJADDID

The Best Video

Loading...