Download

PEMBUKA PENA

Cari

IKLAN

KALAM MUJADDID




JOM IKUT DARI FACEBOOK!!!!!!!!

Jom jadi member!!!

Thursday, June 17, 2010

Warkah Buat WanitaKu


MALU itulah yang menjadi kata hikmat para nabi terdahulu seperti baginda SAW yang bermaksud : " Bila kau tidak malu, buatlah apa yang engkau mahu. " dengan kata lain, bila kau kehilangan sifat malumu, kau boleh melakukan apa sahaja yang kau mahu sekalipun kerja itu seberat-berat kerja dan sejahat-jahat perbuatan.

BILA KAU
TIDAK MALU... KAU BOLEH MEMBUANG SELURUH PAKAIANMU!!
BILA KAU
TIDAK MALU, KAU BOLEH MENYEBUT SECEMAR-CEMAR BAHASA!!
BILA KAU
TIDAK MALU, KAU BOLEH MELACURKAN SELURUH HIDUPMU, KELUARGAMU BAHKAN ZURIATMU!!

Wai'iaazubillah! sebenarnya kau amat sedar tentang akibat orang yang kehilangan sifat malunya.. kasihan!! di dunia terhina, di akhirat merana..

WAHAI GADIS-GADIS..

PERTAMA:
jadilah permata, bukan kaca atau emas bukan loyang atau sutera bukan benang. Diet yang pertama ini memerlukan bahan-bahan mentah yang asli bukan tiruan. tentulah bahan-bahan asli terdiri daripada
1. IKHLAS HATI KEPADA ALLAH
2. BERSIKAP BENAR DALAM SEGALA KEADAAN
3. TETAP PENDIRIAN DALAM PERJUANGAN
4. MENURUT JEJAK LANGKAH RASULULLAH SAW ATAU HIDUP DALAM LINGKUNGAN SYARA'
5. SENTIASA REDHA DENGAN QADA' ALLAH.
6. GIGIH BERIKHTIAR SEBELUM BERTAWAKAL/ BERSERAH DIRI
7. MENINGGALKAN JAUH SEGALA SIFAT NIFAK ATAU KEPURA-PURAAN

Apabila bahan itu di adun baik, pastinya kau kelihatan cantik seperti sebutir permata di tengah-tengah pepasir, bukan kaca yang bakal cair mengalir. biarlah pakaimu ditenun dengan TAQWA, biarlah gerak langkahmu di sulam dengan rendah diri sentiasa.

KEDUA:
Jadilah ubat bukan penyakit, atau mawar bukan racun. Ramuan ubat tentulah bahan-bahan yang kebanyakkannya pahit atau sekuntum mawar tidak mudah dipetik namun, amat berguna. Ramuan ubat tersebut ialah:

1. SABAR YANG INDAH DALAM MENEMPUH MEHNAH/UJIAN
2. BERSEDIA DITEGUR DAN DIKRITIK KERANA ORANG YANG BERLAPANG DADA ITULAH YANG AKAN MENINGKAT TINGGI.. wau yang tinggi ialah wau yang sanggup menempuh angin,bukan menurut angin.
3. BANYAK MEMBERI BUKAN MENERIMA.. SUDAH TENTU SEBELUM MEMBERI PERLU MEMILIKI SEBAB ORANG YANG TIDAK PUNYA SESUATU TIDAK MAMPU MEMBERI SESUATU.. berkhidmat dahulu,hasil menyusul kemudian.
4. SENTIASA BERFIKIRAN BESAR DAN MENGATUR PERSEKITARAN MENJADI KELAS PERTAMA.
5. BERTINDAK MENCARI KEJAYAAN DAN MENCIPTA PELUANG, BUKANNYA BERSEDIA MENCARI ALASAN UNTUK SEBUAH KEGAGALAN.
6. MEMBUANG TIGA SIFAT ORANG-ORANG KECIL SEJAUH MUNGKIN IAITU, MEMBUANG MASA, BANYAK MENGURUSKAN HAL-HAL KECIL DAN SUKA BERTENGKAR DAN BERDEBAT.

.semua ramuan diatas berupa SABAR, LAPANAG DADA, BERKHIDMAT, BERFIKIR BESAR, BERTINDAK DAN MEMBUANG SIFAT ORANG-ORANG KECIL MERUPAKAN UBAT DAN MAWAR KEHIDUPAN CEMERLANG.

KETIGA:
Jadilah penyuluh bukan pembunuh.. Nama resipi ini sudah cukup menggambarkan betapa menariknya kuah hidangan. jernih tetapi berkilauan apabila tersentuh sedikit cahaya. Pantulan cahayanya kuat,mudah menerima sinar dan tembus oleh sinar itu. antara bahan yang diperlukan itu ialah:

1. IBADAH SYAKSIYYAH
2. NASIHAT DAN KATA HIKMAH
3. BUDI PEKERTI MULIA DAN ADAB SOPAN BERHARGA
4. PANDUAN SIRAH DAN HADIS-HADIS NABI SAW.
5. PETUNJUK ALLAH YANG UTAMA IAITU AL-QURAN YANG MULIA.

Adunan bahan-bahan itu menjadikan tenaga yang berkualiti, cas yang sentiasa hidup. sesiapa yang berada dalam kegelapan tentu memerlukan sinar cahaya maka, inilah sinarnya untuk menyuluh jalan hidup:
AL-QURAN, HADIS,AKHLAK, NASIHAT dan IBADAH . Cubalah.... dan engkau wahai GADIS-GADIS akan jadi penyuluh .. kalau bukan penyuluh, maka yang lainnya tidak ada lagi selain PEMBUNUH...

Kucing dan Manusia

Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini??"


Jawab lelaki tersebut "aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yg tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku"




Kemudian berkatalah
ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan & tamsilan antara kita dgn Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan , pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yg kita kecapi, kita derhaka kepadaNYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNYA."

26low.jpg

Kemudian beredarlah
ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya.

renunglah diri kita.. berapa banyak kah kita sudah membuang "najis" di bumiNya ?..
mari lah kita sama-sama bermuhasabah dan menginsafi diri kita serta mensyukuri segala nikmat pemberianNya..

Saturday, June 12, 2010

Juan Galvan ajak keluarga kepada Islam


Alhamdulillah , dapat juga saya meneruskan matlamat blog sebagai wasilah untuk menyebarkan dakwah..InsyaAllah, walaupun penat,letih atau wes kesel (dalam bahasa Jawa) setelah sehari suntuk cari duit (kerja katering) lebih untuk diri ini, ingin saya kongsi satu cerita yang bertajuk Juan Galvan ajak keluarga kepada Islam. Ikuti........
JUAN Galvan, berkongsi pengalamannya pulang ke rumah buat pertama kali setelah bergelar muslim dan bagaimana penerimaan ahli keluarganya yang kebanyakannya berdarah Mexico- Amerika.
Ikuti pengalaman Juan Galvan yang telah menghasilkan buku terbarunya, What's Old is New Again : Latinos Revert to Islam bersama Samantha Sanchez.


Dalam penerbangan pulang ke Austin, Texas, minda saya sering berputar mengingati hari-hari sebelum saya bergelar muslim. Pertemuan dengan Armando, seorang muslim Latin adalah titik permulaan yang membawa saya mengenali agama suci Allah ini.
Semasa menudingkan jarinya ke arah selatan dan kemudiannya barat, dia berkata kepada saya bahawa semua yang ada di atas muka ini adalah ciptaan Allah SWT Maha Penguasa.

Pada waktu itu, dia baru selesai mengerjakan solat Maghrib dan keindahan matahari terbenam masih lagi terbayang di minda saya.

Ketenangan

Hati saya berdetik, memang benar dengan mengingati Allah, hati kita akan menemui ketenangan seperti mana yang dinyatakan dalam al-Quran surah al-Ra'd ayat 28 yang bermaksud: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.

Saya menjenguk ke luar tingkap kapal terbang dan tidak dapat menolak untuk melihat apa yang terbentang luas di depan mata. Saat itu, saya menyedari hakikat kehidupan sebenar.

Sebagai orang Islam, kita mesti menerima kewujudan Allah SWT sebagai Maha Pencipta yang mencipta segala di langit dan bumi. Dengan itu, secara tidak langsung, dapat mendalami tujuan kehidupan sebagai hamba di sisi-Nya.

Kali pertama bersua ahli keluarga, selepas memeluk agama Islam, saya diterpa dengan pelbagai persoalan mengenai Islam.


Semua ahli keluarga termasuk adik-beradik yang menetap di Pampa, Texas, mengajukan soalan mengenai adakah Muhammad itu Tuhan.

Malah, ayah pernah mempersoalkan kepada saya kenapa perlu bersembahyang di atas tikar.

Kemudiannya saya menjawab dengan baik: "Kenapa pula menyembah patung orang yang sudah mati di dinding itu," sambil tangan saya menunjukkan ke arah salib dan patung Jesus yang besar di ruang tamu.

Pada hari pertama di rumah keluarga, saya mendirikan solat di bilik adik perempuan saya, Cathy yang berusia 14 tahun. Ini kerana, biliknya tidak mempunyai simbol-simbol keagamaan dan yang ada hanyalah poster besar kumpulan kegemarannya, Backstreet Boys.

Boleh dikatakan, setiap dinding di rumah keluarga saya tergantung gambar-gambar Jesus dan Mary serta tanda salib. Saya mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga. Sememangnya bagi keluarga Amerika dari Mexico, mereka mempunyai hubungan yang erat dengan ahli keluarga dan turut mementingkan anutan agama.

Ketika lawatan saya ke Pampa, saya turut meluangkan masa berdiskusi mengenai Islam. Bagi Mexico-Amerika, mereka lebih suka berfikir bahawa keturunan mereka berasal dari Roman Katolik.

Saya tidak mahu terus-menerus menjadi pengikut yang buta kepada kepercayaan tradisi sebegini. Kini, saya adalah orang Islam kerana percaya bahawa agama Islam yang sebenar-benarnya.

Maka, saya jelaskan perkara ini kepada ahli keluarga yang lain. Saya berharap dengan cara ini, saya tidak menderhaka kepada mereka sebaliknya menjelaskan perkara yang betul kepada orang yang saya disayangi.

Saya sempat menghadiahkan senaskah al-Quran kepada adik saya dan sebuah buku mengenai pengenalan kepada Islam.

Di samping itu, saya turut meletakkan alamat laman web www.LatinoDawah.org dan www.HispanicMuslims.com di komputer milik keluarga saya.

Untuk menyatakan keadaan sebenar mengenai Islam, saya tidak ketinggalan membuat banyak salinan fail ke komputer dengan harapan mereka akan terbuka hati untuk membacanya.

Pada pendapat saya, hanya dengan mendalami Islam sahaja dapat menjawab banyak persoalan dan kemusykilan yang timbul, antaranya siapakah Tuhan dan adakah Jesus adalah Tuhan?

Saya meluangkan banyak masa untuk menjelaskan mengenai kekeliruan yang timbul mengenai agama suci ini. Dalam aspek lain, saya turut mempersoalkan kenapa masyarakat Amerika kurang didedahkan dengan pemahaman yang tepat mengenai Islam.

Apa yang saya harapkan agar adik saya dapat memahami agama Islam dengan lebih terbuka dan ia bukanlah agama yang menindas kaum wanita.

Saya jelaskan kepadanya bahawa Islam tidak mahu wanita menjadi objek seks dan atas sebab itu, mereka diwajibkan menutup aurat bagi mengelakkan wanita menjadi tatapan umum.

Sepanjang bergelar Muslim, saya bukan sahaja perlu menjelaskan mengenai Islam kepada ahli keluarga malah tidak terlepas melalui pengalaman-pengalaman pahit.

Antaranya, ketika ditahan pengawal sekuriti di lapangan terbang dalam perjalanan ke Pampa. Ketika membuka beg saya, mereka terkejut apabila mendapati terdapat senaskah al-Quran, sejadah dan pita rakaman mengenai ceramah agama di dalamnya.

Ini kerana, saya bercadang untuk mendirikan solat di lapangan terbang di Austin sebelum memasuki kapal terbang kembali tetapi saya tidak mahu mengejutkan penumpang yang lain.

Selepas menceritakan perkara tersebut kepada abang saya, dia mencadangkan agar saya pulang ke rumah dengan menaiki penerbangan lain.

Tidak berapa lama selepas tragedi 11 September 2001, ayah saya pernah bertanya kepada ibu mengenai hal ini. Ibu menangis ketika memeluk saya untuk mengucapkan selamat tinggal. Tetapi saya cuba melindungi kesedihan dengan harapan ibu akan merindui saya dan bukannya kerana bimbang saya akan menyertai Taliban.

Selepas menaiki kapal terbang, saya menjenguk ke luar tingkap dan ternampak Texas Panhandle, jurang dan lembah serta ladang-ladang. Tidak ketinggalan, jalan raya yang bersimpang siur.

Sejenak, saya bertakafur mensyukuri nikmat Allah SWT di atas segala-galanya yang diciptakan untuk kita di langit dan bumi.

Friday, June 11, 2010

PESANAN LUQMANUL HAKIM



1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah
kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah
menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan
bumi yang mati dengan hujan yang lebat.
2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia
telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu
masih terbaring di atas katilmu.

3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu
akan datang tiba-tiba.

4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah
ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.

5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.

6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan.
Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani
melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau
berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.

7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu
lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi
amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.

Wednesday, June 9, 2010

PERINGATAN BUAT PEMIMPIN

Menjadi pemimpin bukan mudah. Tapi zaman sekarang semua orang kemaruk untuk jadi pemimpin. Hayatilah kisah ini untuk menilai layakkah kita untuk meminta-minta jawatan pemimpin.

Dari hal keadilan, ketakwaan dan kemuliaan budi baginda Umar bin Abdul Aziz, tidaklah perlu lagi diterangkan panjang lebar. Kisahnya panjang lebar telah dikarang oleh ulama-ulama.

Sesungguhpun dia telah mencapai kedudukan yang semulia itu, belumlah dia kenyang dari petunjuk ulama dan pimpinan seorang yang arif.

Pada suatu hari berkirim suratlah baginda kepada ulama Tabi’in yang masyhur, Hasan Basri, bertanya kepada beliau dari hal sifat-sifat Imam (raja) yang adil. Maka telah menjawab Hasan Basri demikian bunyinya:

“Ketahuilah hai Amirul Mukminin, bahawasanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan raja yang adil laksana tongkat tua yang teguh condong yang akan menauri, lemah yang akan membila. Dia menjadi tujuan dari segala orang yang ragu, memperbaiki segala yang rosak, menguatkan segala yang lemah, tempat mengadu bagi tiap-tiap yang teraniaya, tempat kembali dari tiap-tiap yang sengsara.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, ialah laksana seorang pengembala yang hati rahim kepada binatang pengembalaannya; dibawanya ke padang yang berumput subur, dijaganya jangan jatuh ke lurah yang curam, dijaganya dan dipeliharanya jangan ditangkap binatang buas, dipeliharanya jangan ditimpa dahaga dan kepanasan.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, laksana seorang ayah yang cinta akan anak-anaknya, diasuhnya semasa anak itu kecil, diajarnya setelah anak itu besar, dituntunnya di dalam mencari penghidupan, dikumpulkannya harta bersusah payah, untuk anaknya itu jika si ayah mati.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, laksana seorang ibu yang pengasih, dikandungnya anaknya dalam perutnya dengan susah payah, diasuhnya setelah anak itu lahir. Tidak tidur matanya malam, jika anaknya bangun, dia termenung jika dilihatnya anaknya duka, disusukannya; puas disusukan digendungnya. Mukanya berseri-seri jika si anak sihat, mukanya muram jika si anak sakit.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, ialah laksana seorang yang berdiri di antara Allah dengan hamba-Nya, didengarnya Maha Tuhan dengan tenang, setelah itu diterangkannya bagaimana wajah-Nya kepada mereka. Dibimbingnya tangan umat supaya sama-sama ke hadrat Rabbi, memohonkan kurnia-Nya.”

“Oleh sebab itu ya Amirul Mukminin, janganlah paduka sebagai budak yang dipercayakan oleh penghulunya kepadanya menyimpan hartanya dan memelihara kaum kerabatnya, lantas budak itu khianat akan amanat, dimusnahkannya harta benda itu dan disia-siakannya petaruh.”

“Kemudian itu ingatlah ya Amirul Mukminin akan maut dan apa yang akan kejadian sesudah mati. Ingatlah bahwa persedian paduka agaknya sedikit, orang yang akan menolong paduka tidak ada. Bersiaplah untuk menghadapi mati, dan untuk menghadapi zaman sesudah mati.”

“Ketahuilah pula ya Amirul Mukminin, bahawa paduka akan tinggal dalam sebuah rumah yang tidak serupa dengan rumah yang paduka diami sekarang. Lama sekali paduka akan mengeluh di sana, dan tidaklah seorang juga yang akan menemuinya, hanya tinggal seorang diri dalam kesunyian."

"Oleh sebab itu berkemaslah dari sekarang dan bersiaplah. Kerana perkemasan dan persiapan yang disediakan lebih dahulu, itulah hanya yang akan menolong di sana kelak, iaitu pada waktu lari padanya manusia daripada saudaranya dan ibunya daripada ayahnya dan isterinya, daripada anaknya sekalipun.”



“Ingatlah ya Amirul Mukminin, ingatlah dengan hati-hati, akan suatu masa kelak yang akan dibongkar segala isi kubur, akan dikupas segala isi dada, segala rahsia pada hari itu akan terbuka. Semuanya tertulis dalam kitab, baik besar mahupun kecil semuanya dihitung.”

“Maka sekarang ya Amirul Mukminin, ingatlah dengan saksama, sebelum ajal sampai janji mendatang, sebelum hukum putus angan berhenti:

Jangan paduka menghukum atas hamba Allah dengan kebodohan, jangan paduka bawa mereka ke jalan aniaya, jangan diangkat orang-orang yang takbur menjadi pegawai, memerintah orang yang lemah. Sebab mereka menjatuhkan perintah dengan sesuka hati dan semahu-mahunya saja. Kelak padukalah yang akan menanggungjawab atas dosa mereka, dan yang bertali dengan itu, dikumpulkan dengan dosa paduka sendiri.

Janganlah paduka terpedaya oleh tipuan orang-orang yang menelah nikmat kesusahan paduka. Mereka makan segala yang enak-enak di dunia, supaya paduka menelan segala kesusahan di akhirat.

Jangan paduka berbesar hati lantaran mempunyai kekuatan pada diri ini, tetapi fikirkanlah kekuatan untuk dari jiwa yang akan dicabut, pada waktu mana seluruh badan paduka diikat oleh rantai kematian, atau berdiri di hadapan Allah, dikelilingi oleh sekalian Malaikat. Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Pada waktu mana seluruh wajah makhluk, menghadap kepada Yang Hidup dan Yang Kekal!”

“Adapun patik sendiri ya Amiru Mukminin, meskipun nasihat patik ini tidak sebagus nasihat-nasihat orang-orang yang lebih muda daripada patik pada zaman dahulu, namun patik amat cinta kepada tuanku dan amat ikhlas. Oleh sebab itu pandanglah isi surat patik ini, laksana ubat yang diberikan oleh seorang kecintaan kepada kecintaannya yang sakit. Meskipun agaknya pahit, moga-moga di dalam kepahitan itu ada tersimpan kesihatan dan afiat.”


Dipetik dari Lembaga Hikmat, karya Hamka

SELAMAT BERTA'ARUF

Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan juga saya untuk bangunkan satu blog atas namanya(nama blog) untuk menjadi aspirasi kepada saya meningkatkan pemikiran yang kreatif dan kritis dalam memperbaharukan akhlak dan sahsiah diri dalam masa yang sama ingin melancarkan satu transformasi (Hijrah) terhadap warga penuntut ilmu di Bumi Barakah KUSISS. Saya rasa sangat bersyukur dan berharap mudah-mudahan blog ini sebagai medan untuk berkongsi ilmu dengan semua hamba Allah terutamanya pelajar-pelajar Kusiss .
Related Posts with Thumbnails
FIKRAH MUJADDID