Download

PEMBUKA PENA

Cari

IKLAN

KALAM MUJADDID




JOM IKUT DARI FACEBOOK!!!!!!!!

Jom jadi member!!!

Saturday, March 10, 2012

Selesai Sudah Mukhayyam Arab

Assalamualaikum....
Alhamdulillah ,,,itulah lafaz yang patut saya ungkapkan demi menzahirkan rasa syukur saya atas segala apa dikurnia oleh Allah. Mukhyayyam Arab telah pun hampir melabuhkan tirai penutup...

Sekali lagi ingin lafazkan rasa syukur semuanya berjalan dengan lancar. Segala ilmu yang telah dikongsikan oleh Murabbi harapnya dapatlah difaham dan dihadam sebaik-baik mungkin Insya Allah... Walaupun hanya perkongsian ilmu yang sekejap hanya dalam 4 jam sahaja, namun ilmu itu boleh menjadi berkat jika kita manfaatkan sebaik-baiknya.

Ukhuwah Berpanjangan
 Ukhuwah itulah selalu kita dengar saban hari. bagaimana ukhuwah itu selalu mengiri perjalnan kehidupan kita baik ukhuwah kita dengan guru2 kita, kawan2 kita, keluarga kita dan lain2. JAdi saya rasa amat bersyukur sekali walaupun mukhayyam ini hanyalah sebentar sahaja tempohnya namun saya rasa dapat create ukhuwah dengan kawan2 yang saya x kenal (maybe mereka kenal saya hihi) .yelah,, mereka bukannya sama kuliah or sama tamhidi  dengan saya , so saya rasa perkenalan ini amat bermakna kerana dapat tambah kenalan dari universit yang sama. Lagi2 perkenalan dengan ustaz kami dari UKM amatlah bermakna,, mudah2an simpulan perkenalan ini dapat diteruskan sehingga akhir dunia.






Allah Memberi Apa Yang Kita Perlukan lebih dari Apa Yang Kita Minta
Maybe ada pelajar yang tidak berapa suka sangat dengan program Mukhayyam Arab yang dianjurkan oleh USIM,,n maybe ada yang berminat. Tapi x kesah lah, yang penting macam mana kita adapt n adopt perkara yang kita hadapi itu dengan pemikiran yang positif dan Iman yang mantap. Semuanya persepsi n perasaan diekspresikan oleh Iman dan pemikiran kita. Even kalau x mnat pun just take it as positive thing , it will be something yang best bagi kita. kalau rasa malas nak pergi, anggaplah dengan pergi itu sebagai menunaikan tanggungjawab dan amanat yang ibu bapa kita bagi untuk sentiasa belajar.


Life Is Not Duration But Contributions
kadang2 kita rasa diri kita ini x pandai sangat dalam bahasa arab, so kita rasa rendah diri untuk cakap sesuatu spt idea ke ape ke dalam group kecil kita dalam mukhayyam. sebenarnya itu tidak sepatutnya berlaku. Even kita x mahir sangat dalam arab tapi x semestinya kita x boleh contribute dalam group kita.. setiap dari kita sbnrnya boleh contribute untuk kebaikan semua. Itulah yang dikatakan Life Is Not Duration But Contributions... hidup ini biarlah banyak memberi dari menerima kerna itulah sebaik-baiknya. Hidup kita ini bukanlah dinilai oleh Allah SWT dengan panjangnya umur kita tapi berapa banyaknya manfaat kita pada orang lain .. " sebaik-baik kamu adalah orang yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain"- Al-Hadis..

Akhir kalam itulah sahaja yang dapat saya kongsikan kepada sahabat2 semua.. Mudah2an kita bisa menjadi orang lebih produktif dan positif dalam hidup kita. Wassalam

Saturday, March 3, 2012

Kita ni hebat ke???

Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah, pertama dan selama-lamanya saya ingin menzahirkan rasa syukur saya kepada Allah SWT yang sentiasa memberikan nikmatNya walaupun si hamba itu sering mengingkari perintah dan suruhanNya. Kadang-kadang saya berasa pelik kenapa Allah masih memberi nikmat kepada kita yang selalu melupai-Nya, sering alpa dengan halwa dunia, sibuk dengan urusan dunia, Tetapi itulah hakikat sebenar Tuhan Semesta Alam yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Orang Hebat!!!

Actually saya dah lama dah tinggalkan pena maya untuk menulis entri di blog kesayangan saya ini Fikrah Mujaddid, saya pun tak tahu kenapa saya dah lama x update blog.. Whatever ar.. jadi hari ini nak kongsi perkongsian yang seberapa pun . Tiba2 saya teringat perkara tentang orang hebat. kenapa dengan orang hebat??? kita ni x hebat ke???
kadang2 saya terfikir adakah kita ini boleh diklasifikasikan sebagai orang hebat termasuk diri penulis sendiri.
" Orang hebat MENCIPTA persekitaran, Orang lemah DICIPTA persekitaran" itulah pepatah @anologi yang sering saya ingat.. saya ni orang lemah ke orang HEBAT??? hidup kita hari ini sememangnya kita dimomokkan dengan pelbagai ragam n sikap manusia serta persekitaran sama ada baik atau buruk,, tetapi secara zahirnya memang kita ini lebih cenderung kpd persekitaran yang buruk.. so bagaimana kita ingin hadapi perkara ini... x kan lah kalau kita tiba2 jadi orang yang buruk akhlaknya or sbgainya,, kita ingin salahkan persekitaran kita... Adil ke kita bila kita justifikasi sebegitu.
Jadi semuanya bermula dari diri kita, bagaimana cara hati kita mendidik akal kita , bagaimana akal kita mengawal emosi kita, bagaimana emosi kita mengawal kata2 n perbuatan kita,.,, semuanya adalah bermula dari HATI. Dalam hati itulah terdapatnya IMAN n AKIDAH kita..

BEBOLA BESI



 kenapa saya tiba2 cakap bola besi ea??? Itulah yang boleh saya analogikan bahawa HATI kita umpama bebola besi. Setiap bebola besi mempunyai beberapa lapisan secara ilmu fiziknya.. dan lapisan yang paling dalam itulah Core layer iaitu lapisan yang paling keras, padat, tumpat..dan akan mempengaruhi lapisan luarnya.. Jadi itulah saya boleh simpulkan bahawa IMAN itu adalah Core layer yang bisa menafsir tindak tanduk kita , perkataan kita serta menangkis anasir2 luar yg boleh mempengaruhi diri kita daripada tersilap langkah kita.

Itulah yang saya ingin kongsikan , mudah2an saya dan kawan2 semua dapatlah jadi ORANG HeBAT, dan sama2 kita doakan agar HIDAYAH Allah sentiasa menyuburi hati kita kerana Hidayah itu adalah HAK EKSLUSIF  Allah.. & bila2 je Allah boleh tarik... So, selayaknya kita bersyukur kerana Hidayah Allah itu masih tertanam subur dalam hati kita yang membuatkan kita mudah n senang nak buat kebaikan..
Selamat Beramal :)





Related Posts with Thumbnails
FIKRAH MUJADDID