Download

PEMBUKA PENA

Cari

IKLAN

KALAM MUJADDID




JOM IKUT DARI FACEBOOK!!!!!!!!

Jom jadi member!!!

Wednesday, December 22, 2010

Di Manakah Lelaki Yang Kuidamkan???????






Assalamuaalaikum......
Alhamdulillah, Insya Allah pada tarikh 22/12/2010 ini, agak malam ni saya akan cuba manfaatkan satu warkah yang telah diberikan kepada saya oleh seorang Muslimah barangkali......
Ketika saya menerima warkah ini, saya langsung tidak tahu-menahu pasal mesej yang terdapat dalam Puisi ini.....

Saya pun tidak tahu apakah sebabnya Muslimah itu berikan kepada saya sehelai warkah yang penuh dengan harapan seorang wanita atau seluruh wanita barangkali terhadap seorang insan yang dikatakan pelindung dan perisai kepada seorang perempuan iaitu lelaki... Saya pun terus membacanya......Selepas baca, Saya terus simpan......

Akhirnya pagi tadi sedang saya mengemas buku-buku, saya terjumpa balik warkah yang cukup berharga ini untuk tatapan para lelaki di luar sana termasuk diri yang menulis entri ini.....
Saya harap kepada mana-mana lelaki yang membaca dapat mengambil ilmu dan pengajaran daripadanya...... Ingat kita semakin ketandusan ilmuwan terutamanya yang jelas sekali di IPT - IPT,,, bilangan kita semakin sedikit....

Mudah-mudahan Warkah ini dapat melembutkan hati kita untuk bersama mencintai Allah dan RasulNya seterusnya memartabatkan Islam dan memperkasakan peribadi....
INSYA ALLAH



LELAKI

Dulu,
Bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokohnya ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi dan Nasrani.

Dulu,
Bila disebut lelaki, wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami jaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri,

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari habis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia, dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermati-matiaan mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjung sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurrain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelagah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelakiaanmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasulullah.





Rupa-rupanya sajak ini dipetik dan ditulis semula daropada novel "SYABAB MUSAFIR KASIH"
Ana harap semua pembaca dapat ambil pengajaran
Dan yang terakhir ana minta sokongan pembaca semua untuk log in sebagai member blog ana....
Terima Kasih...

0 KOMEN:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
FIKRAH MUJADDID