Download

PEMBUKA PENA

Cari

IKLAN

KALAM MUJADDID




JOM IKUT DARI FACEBOOK!!!!!!!!

Jom jadi member!!!

Monday, December 27, 2010

KETUANAN MELAYU ATAU HAK KEISTEMEWAAN ORANG MELAYU??????





APA YANG KITA PERJUANGKAN KETUANAN MELAYU ATAU HAK KEISTEMEWAAN ORANG MELAYU??????

Oleh: Miqdam Al-Kusissi

Alhamdulillahirabbil’alamin

Segala puji bagi Allah yang telah banyak memberiku nikmat, nikmat te

rutamanya nikmat kesihatan dan masa lapang….Tidak lupa juga nikmat wajar syukur kepada Allah, sujud kepada-Nya iaitu, nikmat Iman, nikmat Ehsan , dan nikmatIslam jarang sekali kita syukuri semua itu, jarang sekali kita mentafakuri pemberian Allah kepada kita, jarang sekali kita mengucapkan syukur, ucapan itu hanya terkeluat dari mulut kita pada saat –saat tertentu saja. Hanya saat Allah memberiku sesuatu, dan hanya saat Allah memberikan kita sesuatu. Malu rasanya, sekian banyak Dia berikan kita banyak hal, dan balasan kita kepada-Nya? Ya Allah,,!!!saat ini aku sedang belajar untuk bersyukur, bersyukur dengan segala apa pun apa yang ada. Alhamdulillahirabbil’alamin, aku masih diberi kesempatan untuk bisa membenahai diri, mentafakuri diri, muhasabah diri. Ya Allah kalau bukan karena rahmat dan izin-Mu saya tidak melakukan semua ini….

Insya Allah kepada teman-teman rakan seperjuangan yang bermatlamatkan perolehnya keredaan Allah sentiasa, 1 hala tuju iaitu Syurga-Mu Ya Allah!!!!!,, Satu misi iaitu membebaskan diri daripada kepungan nafsu mahupun Syaitan Laknatullah…..Mudah-mudahan perkara yang saya ingin kongsikan dapat kita fikirkan kewajarannya seterrusnya mampu meningkatkan ilmu pengetahuan kita,,.

Sering kali kita terdengar gemburan yang dibuat oleh media-media massa tentang satu isu yang saya fikir tentang Bangsa kita. Saya meminta kepada rakan-rakan yang saya hormati dan sayangi untuk tidak menolaknya mentah-mentah atau menerimanya bulat-bulat..A llah berikan kita Akal yang waras supaya kita bisa berfikir untuk mencari kebenaran, menentukan yang mana salah yang mana betul,,,.dan semestinya perkara yang difikirkan wajib berpandukan AL-QURAN & AS-SUNNAH (rujukan utama)

Perkara yang ingin saya kongsikan ialah mengenai isu Ketuanan Meelay yang sering digembar-gemburkan oleh media massa. Saya terfikir ada ke Istilah Ketuanan Melayu dalam Pelembagaan Malaysia….Bukan ke yang ada dalam Perlembagaan Malaysia ialah Hak keistimewaan Orang Melayu.

Jadi mari kita huraikan makna-makna kedua-dua istilah ini…

1. Istilah ‘Ketuanan Melayu’ (malay supremacy) adalah istilah yang kabur. Tiada pentakrifan khusus kepada istilah ini. Lagipun tiada ungkapan rasmi dalam perlembagaan. Maka adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

2. Namun, jika merujuk kepada perkataan yang digunakan ia dari akar perkataan ‘tuan’ kepada ketuanan dan digabungkan dengan ‘melayu’, ia bermaksud orang melayu berada dalam status ‘tuan’ atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy). Jika merujuk kepada bahasa bererti orang melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan ‘bukan melayu’. Jika hendak di

takrifkan maka bererti ‘kedudukan orang melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia’.

3. Ia berbeza dengan sekadar ungkapan ‘hak keistimewaan melayu’, kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain. Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan

faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan ‘keistimewaan’ tidak boleh disamakan dengan ketuanan.

4. Jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam. Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka‘bangsa terpilih’ (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam.

5. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya):

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan pe

rempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).

Ayat ini menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

6. Nabi s.a.w menegaskan lagi dalam hadis baginda:

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Inilah prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

7. Adapun hadis Nabi s.a.w: “Para pemimpin dari Quraish” (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak. Dalam masa yang sama Nabi s.a.w bersabda:

“Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia me

mimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).

Ini menafikan ketuanan kaum tertentu.

8. Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

Akhirulkalam, kita sebagai orang Islam mestilah sentiasa berwaspada dengan isu – isu sebegini…Jangan biarkan pemikiran kita dikongkong oleh media…Telitilah!!!!

SATU MATLAMAT

SATU MISI

SATU PERJUANGAN

“MARTABATNYA ISLAM DI MALAYSIA”


SUMBER

Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

0 KOMEN:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
FIKRAH MUJADDID