Alhamdulillah bersyukur
kerana Allah SWT kerana dapat sekali lagi saya dan kali bersua dalam pena maya
saya untuk kali ini. Saya rasa cukup-cukup bertuah kerana suatu Talk khas yang
diajak oleh naqib saya betul-betul telah buat saya berfikir dan ingin bertindak
dengan segala peluang dan ruang yang saya ada untuk lebih terkehadapan.
Terkehadapan dalam
segala bentuk. “we must be the best among the best”. Kata-kata yang cukup
simple saya kira namun telah menganjakkan saya dalam paradigma yang cukup besar
dalam diri.
Jadi, di sini saya
ingin kongsikan sedikit yang saya dapat dari Talk khas tersebut.
Kita adalah Duta Islam.
Itulah yang saya dapat konklusikan. Apapun yang kita buat walau di mana sahaja
kita berada kita mesti buat sebaik mungkin untuk menunjukkan bahawa kita adalah
yang terbaik di antara rakan, kenalan dan masyarakat kita. Bukan bermaksud
ingin sombong ataupun takbur namun justifikasi perkara ini adalah apabila kita fikir kita yang terbaik
antara yang terbaik, kita mestilah mempunyai ‘ best performance’ yakni akhlak
yang terbaik, bicara yang terbaik dan sopan, kepimpinan yang unggul dan
termasuk juga dengan bagaimana kita berketerampilan- must always polite, clean
& smart.
Kadang-kadang kita ini
termasuk diri ini ingin menjadi pendokong Islam, pemimpin rakan, kenalan dan
masyarakat, namun perbuatan, percakapan, tingkah laku kita langsung tidak
membenarkan apa yang diniatkan. Kadang-kadang dengan suka mengutuk orangnya,
mencarut, keterampilannya pula agak
selekeh atau Nampak kurang kemas, pengurusan masanya yang tidak praktikal
selalu lambat dan tidak punctual. Itulah kita …..Namun tidak mengapa semuanya
boleh berubah atas kehendak kita sendiri.
Mungkin ada yang ingin katakan
“payahlah, nanti orang cakap apa pula”. Bagi saya, just do it, whatever people
talk about us, we still can’t stop it. Mulut orang takkan bisa kita tutupi yang
bisa kita tutupi adalah emosi ingin bersifat “reactive”. Kita sebagai Muslim
Umat Pemimpin Paling Berkaliber di dunia MUHAMMAD SAW mesti bersifat proaktif
dalam apa jua situasi bukan bersifat reaktif-cepah melatah n menyerang kembali.
Jadi Just do it. We must
remember that learning is by doing. Kita akan dapat pengalaman dan ilmu yang
kira cukup untuk mendewasakan pemikiran dan fikrah kita ke arah yang lebih
dinamik, progresif dan fleksibel selari dengan syariat Allah. “No need to be
someone but be THE ONE” yang Islam mampu bangga dengan wujudnya kita sebagai
penyokong dan pendokong Islam.
0 KOMEN:
Post a Comment