Download

PEMBUKA PENA

Cari

IKLAN

KALAM MUJADDID




JOM IKUT DARI FACEBOOK!!!!!!!!

Jom jadi member!!!

Friday, July 30, 2010

Golongan Muda Zaman Nabi Musa


Pada zaman Nabi Musa, golongan muda banyak memainkan peranan membela kebenaran. Dalam surah Yunus ayat 83, Tuhan berfirman, “Tidak beriman kepada Musa melainkan golongan muda dari kaumnya dalam keadaan takut bahawa Firaun dan pemuka-pemuka kaumnya akan menyeksa mereka.”

Berhubung dengan ayat ini, Hamka di dalam Tafsir al-Azhar berkata, “Ayat ini menjelaskan sebab musabab ramai golongan muda dan bukan golongan tua beriman kepada Nabi Musa… Golongan tua sudah berkeluarga dan menanggung banyak tanggungjawab dan kehidupan mereka banyak bergantung pada belas kasihan Firaun, justeru mereka tidak mahu beriman kepada Nabi Musa. Sebaliknya anak cucu mereka dari golongan muda bersedia untuk menerima ajaran baginda.”

Said Hawa di dalam al-Asas fit Tafsir pula berkata, “Kebiasaannya golongan yang mudah menerima seruan untuk melakukan islah atau perbaikan di dalam masyarakat ialah golongan muda. Hal ini disebabkan fitrah mereka masih sejahtera dan jiwa mereka lebih bersedia untuk menerima kebenaran.” …

Golongan Muda pada Zaman Nabi

….
Sahabat-sahabat Nabi yang muda remaja memang ramai. Contohnya sahabat Abdullah bin Abbas. Dilahirkan tiga tahun sebelum hijrah. Semasa nabi wafat, beliau baru berumur tiga belas tahun. Beliau amat mahir dalam bidang tafsir Quran sehingga diberikan gelaran Turjuman al-Quran atau penterjemah Quran.

Sahabat Ali bin Abi Talib adalah remaja yang berilmu tinggi lagi berani. Semasa nabi berhijrah, beliau tidur di tempat tidur nabi dengan tujuan memperdayakan golongan kafir Quraisy. Pada masa itu, beliau berumur lebih kurang Sembilan belas tahun. Pada bulan Safar tahun ke-2 hijrah, semasa berumur dua puluh satu tahun, beliau berkahwin dengan anak nabi iaitu Fatimah az-Zahra.

Sahabat Abdullah bin Omar adalah seorang sahabat yang amat menghalusi sunah nabi. Beliau berhijrah ke Madinah semasa berumur sepuluh tahun.

Semua ini menunjukkan golongan muda memainkan peranan penting ke arah mendaulatkan Islam pada zaman nabi. Perkara ini sewajarnya kita contohi pada hari ini.

Sekian daripada Dr. Danial Zainal Abidin.

Respon saya mudah. Posting ini bukan tentang konflik Kaum Muda-Kaum Tua. Respon saya yang merupakan seorang ‘remaja tua’ yang semakin lanjut usia dan semakin liat kepada adik-adik saya yang muda remaja, yang mempunyai potensi lebih besar daripada saya. Cuba kita sama-sama memikirkan pujian Allah di dalam Surah al-Kahfi kepada segolongan pemuda remaja yang keluar daripada ‘melting pot’ godless society melarikan diri ke dalam gua untuk menjaga iman mereka.

“Kami ceritakan kisah mereka kepadamu dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk.” (Al-Kahfi: 13).

Saya berikan contoh yang mudah kepada remaja-remaja tentang bagaimana mendapat petunjuk. Petunjuk daripada Allah yang mampu memberikan kuasa untuk melihat sesuatu seperti mana sesuatu itu sebagaimana suruhan Allah membaca Surah al-Kahfi setiap hari Jumaat:

Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan daripada Nabi Muhammad s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat akan menerima cahaya daripada Jumaat ke Jumaat yang berikutnya.” (Nasa’i, Baihaqi, Hakim).

Dengan cahaya ini juga anda dapat melihat siapakah pengikut Sunnah yang sebenar. Saya berikan contoh yang mudah seperti di bawah.

Saya sering mengatakan golongan muda remaja adalah golongan yang masih bebas merdeka. Bebas daripada belenggu-belenggu status quo dalam diri yang boleh menghalang anda daripada melihat realiti. Dan kebanyakan anda juga bebas daripada riba. Anda mengatakan apa signifikasinya? Saya berikan contoh yang mudah seperti di bawah. Contoh ini boleh saja termasuk diri saya.

Seorang pemuda/pemudi ini merupakan seorang yang komited dalam da’wah. Beliau aktif dalam usrah dan haraki. Dan setelah mendapat ijazah di universiti tempatan, beliau masih mengekalkan semangat keHARAKIannya dengan menyertai pertubuhan Islam yang mengembangkan da’wah dan islah dalam masyarakat. Tiada masalah dalam hal ini. Ini suatu perkara yang baik. Setelah beberapa tahun, beliau telah mempunyai kerjaya dan kewangan yang kukuh. Maka melalui baitul Muslim jamaahnya, beliau telah bertemu pasangan hidup yang ideal yang dapat berkongsi perasaan kasih sayang, suka dan duka dan berkongsi fikrah yang sama. Maka segala persiapan perlu disediakan, rumah dan kereta. Beliau mahukan rumah dan kereta baru yang selesa untuk membina bi’ah solehah. Maka beliau membuat pinjaman di Bank, ya pinjaman berasaskan riba atau backdoor riba.

Anda pula seorang pemuda remaja 17 tahun sekolah kebangsaan yang terpaksa hidup dalam godless society. Anda baru sahaja selesai mengkaji tentang haramnya riba. Anda juga ada semangat untuk melakukan da’wah tapi masih belum kenal lagi apa itu usrah dan haraki. Anda menyampaikan risalah da’wah anda kepada pemuda/pemudi haraki tersebut. Da’wah anda diterima dengan senyuman dan dibalas dengan lembut: “Adik, adik masih muda lagi. Perjalanan hidup adik masih jauh. Untuk hidup di zaman yang mencabar ini, kita harus berpijak di alam nyata, berpijak kepada realiti. Teruskan menuntut ilmu dan adab dalam berda’wah.” Anda terkesima. Sekarang anda akan faham apa yang diperkatakan oleh Hamka di dalam Tafsir al-Azhar dan Said Hawa di dalam al-Asas fit Tafsir seperti yang disebut sebelum ini. Dan anda akan faham signifikan posting saya Pengikut Imam Mahdi Adalah Pemuda Remaja. Saya sudah berikan kepada anda contoh yang mudah yang dapat saya dan anda faham.

Persoalannya, adakah saya ‘remaja tua’ (adakah saya sudah terlepas gerabak keretapi?) dan anda pemuda remaja yang mempunyai potensi yang besar sanggup menyahut cabaran Allah dalam Surah al-Kahfi? Lihat pemuda remaja, anda mempunyai kuasa yang besar! Tetapi ada suatu kuasa godless di luar sana yang ingin merampas kuasa anda! Tidakkah anda tertanya-tertanya mengapa keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi hingga menjadi bualan golongan ‘remaja tua’ seperti saya dan menggariskan seribu satu jalan penyelesaian untuk membendung masalah ini dan memasukkannya dalam soalan esei PMR: “Apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah keruntuhan akhlak remaja? Sila jawab dengan tidak melebihi 200 patah perkataan.” tetapi masalah ini tetap berlaku? Adakah ini hanya satu kebetulan?

Sila tonton video Shaykh Imran Nazar Hosein: Moral and Character of Muslim Youths

Sila rujuk juga e-Book oleh Shaykh Imran Nazar Hosein: Surah Al Kahf - Arabic text - Translation and Modern Commentary dan Surah Al-Kahf and the Modern Age

Mesej ringkas ini dibawa oleh Malakian kepada anda golongan pemuda/pemudi remaja.

0 KOMEN:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
FIKRAH MUJADDID