Download

PEMBUKA PENA

Cari

IKLAN

KALAM MUJADDID




JOM IKUT DARI FACEBOOK!!!!!!!!

Jom jadi member!!!

Sunday, September 12, 2010

PENDEDAHAN SEKSI ATAU SEKSA DI EIDULFITRI



Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan kelapangan sementara kepada saya untuk menulis dan berkongsi ilmu dengan para pembaca semua. Sebelum terlambat, saya dan keluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Eidilfitri & Maaf Zahir dan Batin" kepada sahabat, rakan, kawan, saudara dan yang mengenali diri ini. Mudah-mudahan kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT daripada perkara-perkara mungkar dan fahsya' serta bala bencana, Insya Allah...........


Di sini saya ingin berkongsi pengalaman dan pengajaran kepada para pembaca yang saya hormati sebagai tetamu blog saya. Hari Pertama Raya, 1Syawal 1431H merupakan hari yang saya tidak boleh lupa selain kenangan-kenangan indah dalam bulan kemenangan Umat Islam iaitu perkara yang saya rasa menjengkelkan dan
tidak patut berlaku setelah berpuasa selama sebulan di Bulan Ramadan.

Agak-agak apa yang kamu semua rasa yang ingin saya ketengahkan dalam warkah maya ini???????. Ketika saya ke masjid dengan berpakaian agak cantik,(heheheheehe) u
ntuk menunaikan solat sunat Eidulfitri, saya ternampak seorang muslimah...

Kenapa? Lawa ke dia?...bukan itu yang saya ingin persoalkan tapi pakaiannya yang saya rasa semua orang akan rasa pelik dan geli... apbila melihatnya.. Kita nak pergi solat raya pakai tutup aurat tapi yang seorang perempuan pakai pakaian yang agak seksi kot....Memang saya rasa dia masih tidak faham tentang agama atau buat-buat tak faham...

Pakaian dia lebih kurang macam ni ar... nampak dalam


Ya Allah.... saya anggap dia telah menyebabkan sebahagian jemaah dapat dosa..Isy 3x ...
Saya rasa absolutely dia telah mencemarkan hari Raya pertama dengan berpakaian begitu di masjid dan yang paling m
enyedihkan dia sedang bertelekung tapi disengsengkan (tulah saya nampak)....

Jadi bukan ini sahaja, saya berpendapat bahawa pakaian tradisional kita hari ini telah terikut ombak fesyen yang menyeksikan ke menyeksakan???terutamanya baju kurung...baju kebaya.. Orang Melayu yang majoritinya beraga
ma Islam sudah lama meninggalkan syariat Allah supaya menutup aurat.

Tengoklah sudah berapa banyak fesyen moden berkaitan dengan baju kurung/kebaya.....

p/s jgn pandang lama2

p/s yg kanan ok tp yg kiri x ok

Selain itu, saya juga dapati ada pakaian begini yang terlampau,, memang terlampau!!!!
Tengok ni sebagai pengajaran,,,


p/s jgn tengok lama2

Apakah ini tanda-tanda orang kita terutamanya muda-mudi sudah rosak pemikirannya......dia seolah-olah tidak tahu tentang haram dan halal....Fikirlah 3x...........
..

Seterusnya saya ingin mengajak para pembaca semua tentang perkara yang sering digembar-gemburkan iaitu fesyen bertudung...Saya lihat fesyen ini bagai cendawan selepas hujan.... Di sini syarikat ni, di sana syarikat sana.... Sudah ramai yang telah menjadi pengusaha fesyen bertudung ini....Tapi apakah ramai atau banyak yang menepati syarat-syarat yang ditunkan oleh Allah?...Atau hanya untuk mengaut keuntungan...

Pada mulanya saya rasa bersyukur bahawa tudung telah mendapat tempat di hati ramai wanita muslimah....Tetapi lama-kelamaan pelbagai gaya fesyen muncul membawa pelbagai
rekaan tudung..namun banyak yang tidak sesuai dengan syariat Allah.

Di sini, saya bukanlah bagus sangat, tapi sebagai seorang manusia perlunya saya menegur apa yang salah,,,,, Selain itu yang paling menyakitkan mata dan hati ialah apabila melihat orang pakai tudung tapi baju ketat.......Aduh, di mana ingin kucari wanita muslimah?????
tengok ni..


Baju dah cantik ar.. tp spoil fit to body......memang seksa & seksi. Ada juga yang berpakaian tudung tapi mengenakan pakaian seperti ini... Elok-elok cantik, dah x cantik....


Persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:

30."Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." sehingga akhir terjemahan ayat ini.

Jadi, saya sarankan dan nasihatkan kepada pembaca wanita blog saya ini, cuba-cubalah untuk pakai pakaian wanita muslimah selengkapnya.....



Bagi diri ini, saya lebih suka lihat semua wanita muslimah berpakaian tudung labuh tidak semestinya seperti ini....

Kamu semua mungkin yang suka fesyen juga, jadi mungkin boleh pakai yang macam ini...
lawa x?

kan lawa n cantik kalau macam ni, senang nak buat teman hidup..hihihihi

Saya rasa ini dah bagus bagi muslimah (macam designer pakaian), Bagi yang pelajar sekolah agama terutamanya KUSISS kekalkan tudung yang labuh macam ni pun jadilah....janji tutup dada.

Satu lagi jangan lupa benda ni.....Pakailah ia...


Itulah jelah yang dapat saya kongsikan untuk renungan kita bersama.... Mudah-mudahan hati kita terbuka untuk menerimanya... Saya juga minta maaf kalau gambar-gambar ini terlalu "terdedah".










1 KOMEN:

Anonymous said...

bgus... inilah cnth trbaek bg mntarbiah wanita d zaman skang.. tahniah..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
FIKRAH MUJADDID