Download

PEMBUKA PENA

Cari

IKLAN

KALAM MUJADDID




JOM IKUT DARI FACEBOOK!!!!!!!!

Jom jadi member!!!

Monday, September 6, 2010

SALAHKAH DINAR & DIRHAM KELANTAN?













Apa yang saya ingin tulis ini bukanlah sebagai seorang penyokong mana-mana fahaman politik di Malaysia tetapi sebagai warganegara yang sentiasa menyokong usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang mendukung pemikiran yang progresif, kreatif dan kritis. Kita sering dengar dan katakan “you must be an open-minded person” atau sibuk-sibuk kita tekankan supaya berfikiran terbuka terhadap sesuatu perkara atau pandangan orang lain.

Bagi saya pelancaran Dinar dan Dirham Kelantan (D&D Kelantan) ialah satu langkah yang saya anggap ‘the best’ atau terbaik sebagai langkah mengukuhkan ekonomi terutamanya ekonomi persendirian. Pelancaran Dinar dan Dirham Kelantan yang telah disempurnakan Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat amat signifikan bagi penduduk Kelantan khususnya dalam mempertahankan kestabilan ekonomi.

Mengikut kepada yang saya ikuti, Dinar dan Dirham Kelantan ini boleh digunakan sebagai paembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan urusniaga. Namun apa yang sya lihat pelbagai tohmahan dan kritikan dari luar (entah dari mana datangnya) mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan seolah-olah memandang rendah usaha mereka.

Pelbagai kritikan yang dilemparkan terhadap Kerajaan Negeri Kelantan( tidak perlu disebut), namau di sini ingin saya mengajak semua rakyat Malaysia tentang satu fakta yang menarik. Apa yang saya lihat usaha ini adalah hasil kebijaksanaan pemimpin Kerajaan Kelantan yang mengetahui bahawa emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya dan akan terus meningkat jika dibandingkan dengan wang kertas.

Pernah tidak kita mengimbau semula sejarah Malaysia

bahawa Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan ‘gold coin ‘ yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara suatu kita dahulu. Mari kita buat penilaian pada 18 Julai 2001 sekeping Kijang Emas seberat 1 auns berharga RM 1,082.00 . Hari ini jika pada tarikh 1 Julai 2010, harga Kijang Emas telah boleh dijual dengan harga RM 410,400.00 .

Keuntungan 400% dalam masa tahun! (Perghh….. x tahan ) Ini bukti bahawa harga emas tidak akan turun. Pelancaran Dinar dan Dirham Kelantan telah mendapat sambutan yang meggalakkan dan hari ini pada tarikh 5 September 2010 (Ahad) dalam akhbar Sinar Harian menunjukkan Jualan Dinar dan Dirham Kelantan laris dan orang ramai terpaksa menunggu selepas Eidulfitri bagi mendapatkan dinar emas Kelantan .

Ini amat mengejutkan kita hanya dalam tempoh 3-4 minggu sejumlah RM 1.5 juta dinar emas dan RM 500 ribu wang dirham telah habis dijual.

0 KOMEN:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
FIKRAH MUJADDID