26 Januari 2011
Dilaporkan di Cairo, Mesir ketika ini sedang kecoh di mana underground network ditambah dengan social media seperti Twitter mahupun Facebook sedang merangka pemberontakan di sana. Anak Hosni Mubarak yang dikatakan bakal menjadi Presiden Mesir, dikhabarkan telah lari ke kota London. Entah apa yang yang ditakutkan sangat, tak tahulah. Adakah beliau ada buat silap kepada rakyat Mesir ? Hosni Mubarak sudah terlalu lama memegang tampuk pemerintahan di Mesir. Dan dikhabarkan selepas rejim Ben Ali “runtuh” baru-baru ini, kerajaan seterusnya yang dijangka tumbang adalah rejim Hosni Mubarak, akibat daripada kebangkitan dan kesedaran rakyat di sana.
Walaubagaimanapun, kami fikir tak semudah itu untuk menjatuhkan kerajaan Hosni Mubarak, sebab beliau pun boleh tahan kejamnya. Kalau setakat pelajar Mesir yang pernah dimasukkan ke penjara bawah tanah , sudah menjadi perkara biasa, apatah lagi rakyat Mesir yang dilaporkan hilang tanpa berita. Tambahan pula, Mesir terang-terang berkerjasama dengan Amerika untuk hancurkan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Pastinya Israel juga takkkan semudah itu membiarkan sekutu rapatnya tumbang begitu sahaja.
Walaubagaimanapun sejarah sudah membuktikan yang mana pemerintah yang zalim dan diktator cara mana sekalipun, kuasa rakyat yang bersatu tetap mampu menumbangkannya. Contohnya, Marcos, Suharto dan Shah Iran.
- Korupsi semakin menjadi-jadi di Tunisia
- Ben Ali mengharamkan semua parti Islam serta pemakaian hijab di Tunisia
- Akhbar-akhbar dan media massa dikawal oleh kerajaan. Realitinya, Tunisia memenjarakan paling banyak wartawan berbanding negara-negara Arab yang lain di mana TV dan radio berat sebelah kepada kerajaan
- Semua projek mesti melalui isteri presiden dan pembodek kerajaan pasti dapat kerja dan projek pembangunan kerajaan
- Internet pun nak dikawal <<<<<<<<
- Kesatuan sekerja dikawal dan ditutup suara mereka. Begitu juga pelajar dan Universiti dikawal oleh akta universiti yang menyekat pengaruh mahasiswa
Ehsan : Beritasemasa.com
Egypt protesters prepare to return to streets
Opponents of Hosni Mubarak regime gather in Cairo prior to resumption of demonstrations, communications suggest
